suria

Betul ke bil melambung kalau kerap buka, tutup peti ais? Individu kongsi rahsia jimat elektrik

Selain kapasiti, kekerapan penggunaan juga menyumbang kepada peningkatan bil elektrik.

PETI sejuk, televisyen, mesin basuh dan kipas merupakan antara perkakasan yang wajib ada di setiap kediaman.

Namun, penggunaan barangan tersebut dengan cara yang tidak terkawal pastinya akan menyebabkan lonjakan bil elektrik di kediaman anda.

Di TikTok, seorang pencipta kandungan yang dikenali sebagai Abgletriqq turut menjawab soalan netizen berhubung topik itu.

"Betul ke peti ais kapsiti kecil lagi jimat tenaga elektrik berbanding peti kapasiti besar?" soal seorang individu.

Menurut Abgletriqq, jumlah bil utiliti bukan sahaja disumbang oleh saiz barangan elektrik, malah turut berkait dengan kekerapan penggunaannya.

Story on the rebates for buying a fridge with 5 stars energy consumption rating. Photo was shoot at Harvey Norman in Sunway Pyramid shopping mall. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Pelbagai jenis peti sejuk yang dijual di pasaran.

"Betul kak, lagi kecil peti ais, lagi jimat penggunaan tenaga. Bukan peti ais je, barang lain pun sama. Televisyen 55 inci memang lagi jimat daripada TV 65 inci.

"Mesin basuh 7 kilogram (kg) lebih jimat daripada mesin basuh 9kg. Yang kedua, dari segi penggunaan barang elektrik itu sendiri. Lagi kurang penggunaan, lagi banyak ia jimat," jawabnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kongsi rahsia bil elektrik RM51 sebulan... Lima isi rumah tetap jimat, siap ada penapis air

Jelas Abgletriqq, kekerapan membuka pintu peti ais juga menyumbang kepada peningkatan jumlah bil elektrik di sesebuah kediaman.

"Kadang-kadang jiran sebelah pakai peti ais yang lagi besar daripada kita, tapi dia punya penggunaan elektrik lagi rendah daripada kita. Sebab apa? Sebab penggunaanlah.

"Maybe kurang sangat dia buka pintu peti ais tu. Kita punya peti ais pula, walaupun lagi kecil, tapi sekejap-sekejap dibuka, siang malam rumah ada orang, confirm elektrik lagi banyak.

"Jadi akhir kata bukan saiz je yang kita kena tengok, penggunaan pun kena tengok, sehari berapa kali kita buka pintu peti ais. Lagi banyak kita buka, lagi banyak ia consume tenaga elektrik," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain