suria

Tiada lagi masalah rumput liar depan laman... Hapuskan guna sarang telur!

Kotak telur jangan dibuang kerana mempunyai kegunaan lain.

RUMPUT dan lalang yang tumbuh melata boleh menyebabkan rumah kelihatan berserabut sehingga sakit mata memandang.

Hendak memotong rumput juga memerlukan kudrat dan masa, malah lebih merenyahkan apabila ia tumbuh kembali dengan begitu cepat.

Melalui satu hantaran di laman Facebook oleh Hassan Khalid, dikongsikan petua untuk mematikan rumput dengan cara yang efisien dan mudah.

"Anda benci rumput dan rumpai tapi tiada masa nak potong? Boleh cuba tip ini, tidak memerlukan kos yang tinggi pun.

"Paling best waktu hujan tanah tak akan terpercik terkena dinding sampai jadi kotor," ujar Hassan.

Ayuh kita lihat bagaimana tekniknya!

Petua untuk menghapuskan rumput di halaman rumah anda.

Bahan-bahan:

1) Kotak sarang telur (sediakan mengikut keluasan halaman anda)

Langkah-langkah:

1) Letak kotak telur di atas tanah, susun secara bersebelahan dan pastikan sisinya bertindih.

2) Siramkan air ke atas kotak telur yang sudah disusun sampai basah lencun, biarkan ia menjadi lembut.

3) Kemudian pijak kotak telur tersebut sehingga sebati dan rata di atas tanah, siap!

4) Kini lapisan kotak telur itu akan menghalang cahaya matahari daripada sampai ke permukaan tanah sekali gus membantutkan pertumbuhan rumput.

Maklum balas netizen

"Bagus petua ni! Kotak telur tu boleh bertahan sampai setahun, tak reput, selamat tinggal rumput. Lagi satu air hujan senang meresap sebab sifat kotak telur tu seakan kertas, tidaklah bertakung depan rumah kita.

"Lagi cun buat macam ni daripada letak batu kerikil dan sebagainya, nampak estetik, konsep ala industri begitu," demikian kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain