suria

Nasib baik jumpa cara nak uji ketulenan madu, senang sangat... Jom sama-sama elak beli produk tiruan

Proses untuk menentukan ketulenan madu.

MADU sebagai makanan sunnah Rasulullah SAW mengandungi pelbagai manfaat untuk kesihatan tubuh badan.

Proses memperoleh madu bukannya mudah, tetapi dengan perkembangan teknologi moden, ia kini banyak dijual di pasar raya.

Walaupun begitu, pembeli perlulah berwaspada dengan kemunculan madu campuran di pasaran oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mengaut keuntungan 'atas angin'.

Melalui satu hantaran video di laman TikTok oleh Darlina, ada dikongsikan petua mudah bagi menentukan ketulenan suatu madu yang dibeli itu.

Ayuh kita lihat bagaimana caranya.

Madu yang asli akan mempunyai corak seperti ini.

Menurut Darlina, langkah pertama adalah dengan menuangkan sedikit madu ke dalam pinggan kaca atau mangkuk kecil.

"Kemudian tuangkan sedikit air ke atas madu itu tadi. Seterusnya angkat pinggan dan pusing-pusingkan ia secara perlahan.

"Selepas seketika anda akan dapat melihat hasilnya. Jika ia adalah madu asli, akan timbul corak pada madu itu yang menyerupai sarang lebah.

"Sekiranya tidak ada corak tersebut, besar kemungkinan madu terbabit adalah tidak tulen yang sudah dicampur dengan gula," jelas Darlina.

Maklum balas netizen

"Terima kasih atas perkongsian, hebat kekuasaan Allah SWT sehinggakan zat-zat di dalam madu boleh bertindak macam tu.

"Elakkan beli madu campuran, kita rugi sebab bayar harga mahal, selain itu bahaya untuk kesihatan kerana kandungan gulanya yang tinggi," demikian kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain