BUNGA kantan merupakan bahan penting dalam sesetengah masakan seperti laksa dan kerabu. Oleh itu amat digalakkan untuk anda menyimpan stok bunga kantan di rumah, pasti berguna apabila tiba masanya. Melalui satu hantaran di laman Facebook oleh Badariah Ayu Ayuariff, ada dikongsikan petua untuk mengekalkan kesegaran bunga kantan walaupun disimpan buat masa yang lama. "Kalau simpan dengan cara macam ni, bunga kantan tak akan jadi kehitaman walaupun sudah berbulan-bulan di dalam peti sejuk," ujar Badariah Ayu Ayuariff. Ayuh kita lihat bagaimana caranya. Petua yang diamalkan Badariah Ayu Ayuariff untuk menyimpan bunga kantan. Langkah-langkah: 1) Bersihkan bunga kantan dengan air, kemudian belah. 2) Sediakan plastik lut sinar, isikan air di dalamnya. 3) Masukkan bunga kantan ke dalam plastik, kemudian simpan di bahagian sejuk beku. 4) Apabila tiba masanya untuk digunakan, boleh keluarkan bunga kantan dan terus campak ke dalam masakan. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! - Badariah Ayu Ayuariff Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube