MANGGA logam kebiasaannya dipasang pada pagar atau pintu jeriji bagi tujuan keselamatan. Namun akibat elemen alam seperti kelembapan dan hujan panas, ia menyebabkan mangga logam senang berkarat sehingga akhirnya kurang efektif memenuhi fungsinya. Karat yang terkumpul boleh menyebabkan mangga sukar untuk dibuka atau dikunci. Melalui satu hantaran di laman Facebook oleh Soberry Msy, dikongsikan petua bagi melindungi mangga logam daripada mudah berkarat. Ayuh kita lihat! Mangga logam terlindung daripada hujan dan panas. Bahan-bahan: 1) Botol air yang sudah kosong Langkah-langkah: 1) Potong bahagian bawah botol air. 2) Seterusnya potong secara memanjang pada botol air tersebut, pastikan ukuran potongan boleh memuatkan mangga logam berkenaan. Jangan terlalu besar potongan kerana risau nanti mudah tercabut. 3) Sarungkan botol air yang sudah siap dipotong pada mangga sebagai pelindung daripada hujan dan panas. 4) Untuk lebih berkesan, boleh juga sembur mangga dengan cecair anti-karat. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube