suria

4 aksesori patut ‘diharamkan’ dalam kereta... Undang risiko kemalangan, tak boleh ‘claim’ insurans

Pemasangan aksesori yang salah boleh membahayakan pemandu dan penumpang. -Gambar hiasan

ADA individu gemar memasang pelbagai jenis aksesori bagi menghias kenderaan mereka.

Bagi mereka, ia akan memberikan nilai tambah kepada kereta, sehingga terlupa tentang aspek keselamatan ketika di jalan raya.

Menurut pencipta kandungan Adrian_WapCar.my, terdapat empat aksesori yang tidak sepatutnya dipasang pada kenderaan anda.

1. Karpet salah saiz

Menurut Adrian, penggunaan karpet kereta yang salah boleh menyebabkan pemandu gagal untuk menekan brek ketika kecemasan.

Kegagalan menekan brek boleh menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu, penumpang serta pengguna jalan raya lain.

Sarannya, carilah karpet kereta mengikut saiz yang bersesuaian.

kereta 2

Penutup papan pemuka boleh mengganggu fungsi beg udara.

2. Penutup papan pemuka

Pencipta kandungan automotif itu berkata pemasangan penutup papan pemuka atau dashboard cover boleh mengganggu fungsi beg udara.

"Ini akan menghalang airbag semasa kemalangan, airbag tak dapat meletup dengan sempurna," ujar Adrian menerusi video tular di TikTok.

3. Klip tali pinggang keledar

Pemasangan 'seatbelt clip' yang tidak mengikut spesifikasi kilang boleh menyebabkan kemalangan.

"Masa brek kecemasan, ia tak boleh tahan berat badan anda, terus pecah dan (anda) 'terbang' ke depan.

kereta3

Klip tali pinggang keledar yang tidak mengikut spesifikasi serta pelekat stereng juga boleh membahayakan nyawa anda.

"Kalau pihak insurans nampak barang ini dalam kereta, mereka tak akan bagi anda buat tuntutan," ujarnya lagi.

4. Stiker

Pelekat atau sticker ala-ala batu permata merupakan antara aksesori yang sering dipasang pada roda stereng.

Jelas Adrian, pemasangan pelekat itu pada stereng membawa risiko keselamatan terhadap pemandu.

Jika beg udara meletup, pelekat itu juga akan terkena wajah pemandu.

"Kalau airbag meletup, ia akan cederakan anda. Kalau kena muka, habislah.

"Aksesori ini, ya nampak cantik sikit, tapi langsung tiada fungsi praktikal, ada risiko keselamatan yang tinggi," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain