PENGGUNAAN pendingin hawa atau aircond sememangnya penting ketika cuaca panas. Namun, tidak semua rakyat Malaysia mampu untuk memasang aircond di kediaman mereka. Sebelum ini, beberapa individu ada berkongsi petua mudah untuk menyejukkan ruang dalam kediaman tanpa aircond. Caranya, anda hanya perlu mengisi air di dalam besen atau baldi, kemudiannya letak di mana-mana sudut dalam rumah. Di TikTok, seorang lagi individu turut berkongsi petua sama, namun dengan cara yang sedikit berbeza. Cuaca panas menyebabkan orang ramai hidup dalam keadaan tak selesa. -Gambar hiasan Menurut individu itu, dia biasanya akan membekukan air di dalam botol sebelum diletakkan di dalam besen. Cara-caranya: 1. Tadah air dalam beberapa botol mineral, sebaiknya botol mineral yang besar. 2. Tutup rapat dan bekukan di dalam peti sejuk. 3. Setelah ia membeku, letakkan botol itu ke dalam besen yang berisi air. 4. Lebih banyak, lebih sejuk. Jadi sebaiknya letak dalam empat botol ke dalam besen. 5. Kemudian letakkan besen di mana-mana ruang dalam kediaman anda. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube