suria

Aircond kereta tak sejuk? Jangan terus tukar compressor, mungkin ada 1 item jadi punca... Harga siap pasang kurang RM100

Pelanggan yang kurang ilmu berisiko ditipu pemilik bengkel.

MEREKA yang tidak mempunyai ilmu tentang selok belok kereta berisiko untuk ditipu pemilik bengkel.

Malah, ada mangsa kerugian beribu ringgit akibat diperdaya pengusaha bengkel yang tidak bertanggungjawab.

Di TikTok, pakar pendingin hawa kereta, Azbi Centre turut berkongsi tentang satu item penting yang dikenali sebagai relay.

Ujarnya, ada pelanggan terpaksa membayar ribuan ringgit sedangkan item itu boleh dibeli pada harga murah.

relay2

Perkongsian Azbi Centre tentang kedudukan relay.

"Benda ini boleh menyelamatkan beribu-ribu duit anda. Pelanggan datang kepada aku, beritahu aku dia dah tukar compressor, tukar magnet clutch, habis dekat RM2,000.

"Apabila dia datang dekat aku, aku tukar benda ini saja. Namanya relay. Bajet untuk relay ini lebih kurang RM60 ke RM70 saja, siap pasang.

"Anda tahu kedudukan relay ni kat mana? Biasanya relay duduk dekat kawasan enjin, bergantung kepada model kereta.

"Sebelum tukar compressor, pastikan relay atau compressor yang problem," ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain