MASALAH paip air sinki yang menitik boleh menyebabkan pemilik rumah pening kepala. Jika dibiarkan berterusan, ia juga mungkin akan menyebabkan peningkatan bil air bulanan. Di TikTok, seorang pemuda dikenali sebagai Ery Ali berkongsi cara untuk membaiki masalah itu dengan modal kurang RM3. Berikut kami kongsikan cara-caranya: Langkah pertama, buka handle (paip) menggunakan allen key saiz 2.5. Kemudian, buka valve guna spanar hidup atau plier. Beli faucet valve baharu, harga sekitar RM2 lebih. Akhir sekali, pasang valve baharu dan ketatkan, kemudian pasang semula handle. Dengan modal kurang RM3, paip sinki anda kembali berfungsi seperti sedia kala. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube