suria

Kena kerap ‘asapkan’ pokok guna kotak telur... Pemuda kongsi petua mangga berbuah sepanjang tahun, rasa pun manis

Mangga merupakan buah kegemaran ramai.

MEREKA yang memiliki tanah di sekeliling rumah boleh memanfaatkannya dengan menanam pelbagai jenis pokok.

Antara pokok yang berbaloi untuk ditanam adalah mangga, ini kerana ia tidaklah terlalu 'manja', malah cara penjagaannya juga agak mudah.

Anda boleh mencuba petua yang dikongsi oleh pemilik TikTok Nacqris Backyard Garden supaya pokok mangga yang ditanam berbuah sepanjang tahun.

1. Buat pangkasan

Anda perlu membuat pangkasan setahun sekali agar pokok menjadi rendang dan keluar pucuk serta bunga.

Biasanya, anda boleh membuat pangkasan pada dahan kedua daripada batang utama dan dahan pertama.

Ian Lau making Moon cake and jerry—LOW BOON TAT/THE STAR

Keenakan buah mangga menyebabkan ia digemari pelbagai peringkat usia.

Selain itu, anda juga boleh mencuba teknik kelaran batang dan menyiram pokok dengan minyak masak terpakai.

2. Perangkap lalat buah

Anda boleh memasang perangkap lalat buah, hasilnya pokok mangga akan berbuah sepanjang tahun.

Tip tambahan, sewaktu pokok berbunga, asapkan menggunakan kotak telur yang dibakar, buat dua ke tiga kali dalam seminggu.

3. Baja buah

Letakkan baja buah sebulan sekali untuk memastikan kesuburan pokok.

Selain itu, jangan hapuskan kerengga. Kerengga bagus untuk elak perosak seperti kumbang dan elak burung bersarang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain