suria

Patut la dapur bau busuk, rupanya lubang sinki kotor! Tapi jangan risau, guna 4 bahan ini boleh selesai masalah

Petua mudah ini membantu anda menghilangkan bau busuk daripada lubang sinki.

DAPUR merupakan kawasan paling berisiko untuk memerangkap pelbagai bau busuk.

Selain campuran bau makanan, kita juga biasanya sering meletakkan tong sampah di kawasan dapur.

Malah, sisa-sisa makanan yang melekat dalam lubang sinki juga boleh menjadi punca kehadiran bau busuk.

Di TikTok, seorang individu berkongsi cara mudah untuk menghapuskan masalah bau busuk daripada lubang sinki.

sinki2

Kaedah mencuci lubang sinki ini hanya mengambil masa kira-kira 15 minit.

Kaedah ini hanya menggunakan empat bahan iaitu serbuk baking soda, cuka, tisu dapur dan air panas.

"Pernah tak dapur anda berbau busuk? Rupanya bau datang dari lubang sinki. Ini adalah cara untuk hilangkan bau busuk.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak payah panggil tukang paip! Berpandukan 4 tip ini, anda boleh DIY betulkan sinki tersumbat

"Pertama, taburkan baking soda. Masukkan cuka dan tutup menggunakan tisu dapur dan biarkan selama lima belas minit.

"Selepas itu tuangkan air panas ke dalam, bau busuk pun hilang. Cubalah wahai kawan-kawan," kongsi individu itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain