suria

Jangan bedal si bulus dengan batang penyapu! Guna 5 cara ini elak kucing panjat, tidur atas kereta

Banyak cara yang lebih berhemah boleh digunakan untuk menghalau kucing.

SEGELINTIR individu menggunakan cara yang tidak berperikemanusiaan apabila melihat kucing tidur di atas kereta mereka.

Selain disimbah dengan air, ada juga individu yang memukul kucing dengan batang menyapu.

Cara ini sangat tidak wajar, malah ia boleh menyebabkan kesakitan kepada haiwan berkenaan.

Di TikTok, seorang individu dikenali sebagai James Alatin berkongsi lima cara mudah untuk menghalang kucing memanjat atau tidur di atas kereta.

Antaranya, James mencadangkan pemilik kereta agar meletakkan wangian yang tidak digemari haiwan berkenaan.

james

Pemilik TikTok James Alatin berkongsi petua untuk menghalau kucing daripada kereta.

"Ini lima cara untuk mengelakkan oyen-oyen kesayangan anda daripada panjat atau tidur atas kereta yang boleh menyebabkan kereta calar.

"Yang pertama sembur pewangi. Sembur di sekeliling kereta. Kucing paling tak suka bau rosemary dan lavender. Anda juga boleh guna bahan mentah daripada dapur.

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit hati kucing berak merata-rata... apa kata lakukan 4 perkara ini

"Contohnya seperti kulit limau atau kapur barus. Letak dalam beg, tebuk sikit lubang, letak dekat kereta. Tapi pastikan jangan kena cat kereta, nanti luntur," ujarnya.

Selain itu, James turut mencadangkan pemilik kereta untuk membeli pembunyi ultra sonic dan lampu sensor yang akan terpasang secara automatik.

"Anda boleh membeli pembunyi ultra sonic. Oyen tak suka bunyi ini, ia akan lari. Alat ni boleh beli secara dalam talian.

"Kalau oyen lompat atas kereta, lampu sensor juga akan terpasang terang-terang, oyen tak suka," sarannya lagi.

Yang terakhir, James berkata orang ramai juga boleh membeli sarung penutup kereta, sekali gus mengelakkan masalah calar atau kesan kotor tapak kaki kucing.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain