suria

Kali pertama beli kereta? Pelanggan kena lalui 7 proses, semak perkara penting ini dulu sebelum memandu pulang

Proses pembelian kereta pertama biasanya agak mendebarkan kerana pembeli tidak mempunyai pengalaman. -Gambar hiasan

INDIVIDU yang baru pertama kali mahu membeli kereta pastinya risau untuk melalui proses itu.

Selain kurang ilmu dan pengetahuan, pembeli baharu juga bimbang sekiranya mereka bakal ditipu oleh ejen jualan yang tidak bertanggungjawab.

Bagi memastikan kelancaran proses itu, para pembeli haruslah tahu langkah demi langkah sehinggalah kereta idaman tiba di depan mata.

Berikut kami kongsikan tujuh langkah yang perlu dilalui pembeli kereta:

1. Hubungi penasihat jualan untuk mendapatkan harga kereta.

2. Serah dokumen yang diperlukan kepada penasihat jualan.

3. Seterusnya adalah proses pinjaman, namun proses ini akan diuruskan oleh penasihat jualan.

4. Apabila pinjaman diluluskan, anda perlu hadir ke bank untuk menandatangani dokumen perjanjian.

5. Buat pembayaran deposit selepas menerima nombor chasis kereta.

GLS Auto Sdn Bhd staff Tan Ewe Ming installing the Waze navigation system on the car’s android player at their shop in Subang Jaya. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Buat semakan bahagian luar dan dalam kereta selepas ia diserahkan oleh penasihat jualan anda. -Gambar hiasan

6. Proses pendaftaran kereta akan dilakukan oleh penasihat jualan.

7. Apabila selesai semuanya, penasihat jualan akan memaklumkan anda tarikh dan lokasi untuk penyerahan kereta.

Namun, proses pembelian kereta tidak terhenti di situ sahaja.

Ketika proses penyerahan kereta, anda perlu membuat beberapa semakan penting, antaranya:

1. Pastikan nama dan nombor kad pengenalan anda dicetak dengan tepat pada geran kereta.

2. Jangan lupa untuk memeriksa nombor pendaftaran kereta dan nombor chaiss, pastikan ia sama dengan cetakan maklumat pada geran.

3. Lihat sekeliling kereta anda dan pastikan ia bebas daripada sebarang calar, bengkok atau apa-apa kerosakan.

4. Untuk bahagian dalam, buat pemeriksaan lampu, signal, butang pada tingkap dan serta simbol pada meter

5. Jangan lupa untuk bertanya tentang tarikh servis.

6. Selain itu, tanya kepada penasihat jualan tentang tempoh waranti yang ditawarkan kepada anda.

7. Jangan malu-malu, boleh tanya juga kepada penasihat jualan jika mereka membawa sebarang hadiah percuma buat anda.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain