BAGI yang kurang ilmu tentang perkakasan elektrik, semua plug kelihatan sama sahaja di mata mereka.
Namun menurut seorang pemuda dikenali sebagai Jack, terdapat dua plug berbeza yang digunakan untuk peralatan elektrik di kediaman kita.
Menerusi video di akaun TikTok Maltrikom Electrical Lighting Danau Kota, Jack berkata plug jenis heavy duty sesuai untuk perkakasan yang menggunakan tenaga elektrik lebih tinggi.
"Biasa korang confuse kan kalau pergi kedai elektrik nampak kepala plug banyak jenis tapi muka semua sama je kan. Tak tahu nak pilih yang mana, yang sesuai untuk korang.
"Tak apa, hari ini Jack terangkan. Kalau korang nak pakai untuk barang yang 'kuat' tarik api, contohnya, macam peti ais, mesin basuh, seterika atau ketuhar, korang boleh pakai yang tahan punya, yang heavy duty.
Jack berkongsi perbezaan antara dua plug itu.
"Sebab apa? Pertama, yang paling penting material. Material ini macam batu, ia berat dan tahan panas. Contohnya korang makan claypot. Claypot tu batu, jadi ia tahan bakar, pakai lama. Ia tahan panas dan tahan lama.
"Yang kedua, kalau korang nak pakai untuk benda-benda biasa macam kipas dan lampu, pakai yang biasa dan murah pun dah cukup," kongsinya.
Dalam video itu, Jack turut menimbang dua plug berkenaan untuk menunjukkan perbezaan dari segi berat.
"Dua plug ini berat berbeza. Yang biasa ringan, 34 gram je. Kalau yang tahan panas tu, ia berat sikit, material padat, jadi ia 78 gram," ujarnya lagi.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube