suria

Ini 3 tip beli, pasang CCTV... Tak salah letak di bilik tidur tapi ada perkara perlu dipertimbangkan

Pemasangan CCTV penting sebagai langkah keselamatan di kediaman. -Gambar hiasan

PEMASANGAN kamera litar tertutup (CCTV) di rumah merupakan salah satu keperluan keselamatan yang semakin penting hari ini.

Rakaman CCTV boleh menjadi bukti sekiranya berlaku kejadian jenayah seperti pecah masuk rumah, sekali gus memudahkan urusan pihak polis untuk melakukan siasatan.

Malah, ia juga boleh membantu ibu bapa untuk memantau anak-anak serta haiwan peliharaan sewaktu mereka tidak berada di rumah.

Berikut kami kongsikan tiga tip pemasangan CCTV di kediaman anda:

1. Lokasi

Pilih lokasi yang paling sesuai untuk diletakkan CCTV.

Pastikan titik itu boleh menjangkau kawasan yang luas.

Jika anda mempunyai bajet lebih, letakkan beberapa CCTV di ruangan paling penting, antaranya ruang depan rumah yang menghala ke arah pagar dan jalan raya.

Selain itu, CCTV juga sesuai diletakkan di ruang dapur serta kawasan belakang rumah.

CCTV juga boleh dipasang di bilik tidur, namun harus diingat ia boleh mengganggu privasi anda sekiranya ada pihak lain boleh mengakses rakaman itu.

CCTV cameras and other home security products are available at the Perfect Livin exhibition. - ZULAZHAR SHEBLEE / THE STAR

Pelbagai jenis CCTV yang dijual di pasaran. -Gambar hiasan

2. Jenis-jenis CCTV

Mungkin masih ramai yang tidak tahu, sebenarnya terdapat dua jenis CCTV iaitu indoor dan outdoor.

Jadi, jangan tersalah pilihan ketika membeli.

Pastikan CCTV yang dibeli sesuai dengan kawasan yang mahu dipasang.

Sesuai dengan peredaran zaman, CCTV yang berada di pasaran juga semakin canggih.

Sebaiknya, dapatkan CCTV berkualiti yang mampu membuat rakaman berdefinisi tinggi (HD).

3. Pemeriksaan berkala

Sebagai pemilik, kita harus memastikan CCTV sentiasa berfungsi.

Dengan kecanggihan teknologi hari ini, rakaman CCTV juga boleh diakses menerusi telefon pintar.

Anda perlu membuat pemeriksaan berkala untuk memastikan CCTV sentiasa menghala ke arah yang tepat dan ia berada dalam keadaan baik.

Langkah ini sangat penting kerana ada pemilik gagal mendapatkan bahan rakaman selepas kediaman dipecah masuk kerana tidak sedar CCTV mereka telah rosak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain