PENDINGIN hawa di kediaman kita biasanya akan menjadi kurang sejuk selepas ia digunakan dalam jangka masa yang lama. Sebelum mendapatkan khidmat juru servis yang pastinya memakan belanja tinggi, apa kata anda cuci filter atau penapis aircond itu terlebih dahulu. Dengan kaedah cucian ini, filter aircond anda akan bebas daripada habuk, malah ia juga menjadi lebih sejuk. Proses cucian ini begitu mudah, malah ia juga boleh dilakukan oleh kaum Hawa. Anda boleh membersihkan penapis aircond sekurang-kurangnya tiga bulan sekali. Langkah-langkah: 1. Ambil kerusi atau tangga untuk memanjat, kemudian buka penutup aircond. Caranya mudah sahaja, pegang bahagian sisi kiri dan kanan penutup aircond, kemudian tarik perlahan-lahan untuk membuka penutupnya. 2. Tarik keluar filter dan bersihkan dengan air paip. Semakin laju air, semakin mudah habuk-habuk ditanggalkan. 3. Biarkan ia kering, kemudian pasang semula filter dan penutup aircond. Jika rajin, anda boleh mencuci filter aircond dua minggu sekali. Bagi yang tidak begitu rajin, cucian dalam tempoh tiga bulan sekali juga sudah memadai. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube