SEGELINTIR individu khususnya kaum Hawa hanya tahu memandu sahaja, namun mereka 'kosong' ilmu berkaitan kereta.
Justeru mereka cenderung untuk menjadi mangsa penipuan pengusaha bengkel serta pusat-pusat servis yang tidak bertanggungjawab.
Sebagai langkah berjaga-jaga, apa kata semak 13 check-list yang dikongsikan pemilik TikTok Jen Auto Centre sebelum menghantar kenderaan anda ke pusat servis.
1. Minyak hitam
Minyak hitam bukan sintetik perlu ditukar setiap 5,000 kilometer (km) perjalanan atau tiga bulan, ikut yang mana datang dulu.
Manakala minyak hitam sintetik pula perlu tukar setiap 7,500km atau 10,000km.
2. Timing belt
Sebenarnya ikut jenis kereta. Pastikan ambil tahu timing belt kereta masing-masing.
3. Oil filter
Apabila minyak enjin ditukar, maka ia juga perlu ditukar sekali.
Kereta perlu diservis secara berkala untuk memastikan ia berfungsi dengan baik. -Gambar hiasan
4. Power steering fluid
Ia hanya perlu diganti baharu setiap 6,000km.
5. Alternator belt
Boleh tukar setiap 60,000km.
6. Spark plug
Boleh pakai sampai 30,000km atau 40,000km.
7. Bateri kereta
Boleh tahan sampai 18 bulan ke dua tahun, bergantung kepada cara penggunaan.
8. Radiator coolant
Boleh tukar setiap 60,000km.
Segelintir pemilik langsung tidak ambil tahu tentang hal-hal teknikal kereta mereka. -Gambar hiasan
9. Clutch plate
Biasanya, hanya tukar apabila berlaku clutch slipping. Apabila 100,000km baru tukar clutch.
10. Fuel filter
Tukar dalam 40,000km sekali, ia tidak mahal.
11. Penapis udara
Perlu tukar setiap 20,000km.
12. Minyak gear
Untuk gearbox manual, perlu tukar setiap 60,000km.
13. Brake fluid
Ganti baharu setiap 60,000km.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube