suria

Ramai lupa periksa tekanan angin... Ini panduan kekerapan untuk pam tayar, level orang malas pun ada!

Pemilik kereta perlu memastikan tayar sentiasa berada dalam keadaan baik. -Gambar hiasan

TAYAR merupakan antara komponen paling penting untuk menggerakkan sesebuah kenderaan.

Namun, ramai pemandu jarang memeriksa tekanan serta keadaan tayar kerana menganggapnya sebagai perkara remeh.

Tanpa mereka sedari, keadaan tayar yang tidak elok sebenarnya boleh menjadi punca kemalangan jalan raya.

Menurut akaun TikTok Altimat Saujana Utama, pemandu disarankan agar memeriksa tekanan angin tayar setiap kali mereka pergi ke stesen minyak.

"Berapa kali anda kena pam tayar kereta? Tayar kereta ni salah satu komponen yang menggerakkan kereta.

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta dah 5 tahun tak pernah meragam, lancar macam baru beli... Rahsianya pada teknik start enjin

"Tayar selalu sangat atas jalan, keadaan tayar pun boleh berubah, ikut cara penggunaan. Ada tiga syarat masa yang sesuai untuk pam tayar kereta.

"Yang pertama, kalau dah pergi isi minyak, alang-alang dah isi minyak tu, takkan la tak nak tengok pam tayar anda tu, angin tayar berapa?" ujar pemuda dalam video itu.

Selain itu, dia berkata pemandu boleh mengisi angin tayar mengikut bacaan suhu menerusi alat Tyre Pressure Monitoring System (TPMS)

"Anda boleh isi apabila suhu tayar naik 10 darjah celcius. Cara ini sesuai untuk kereta yang ada TPMS. Sistem ni dia dapat membantu untuk tahu suhu dan tekanan tayar

"Yang akhir, isi sebulan sekali. Ini cara paling malas, tapi kenalah buat. Pergi je stesen minyak, lepas tu pam tayar. Ia tak susah, yang susah tu kalau malas. Kalau tak nak pakai kereta, naik MRT atau Grab," ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain