suria

Masih ramai tak percaya penting panaskan enjin kereta waktu pagi... Rupanya ada kaitan dengan gearbox

Orang ramai disarankan agar memanaskan enjin kenderaan untuk memastikan gearbox tahan lebih lama. -Gambar hiasan

KEBANYAKAN pemilik kenderaan akan memanaskan enjin pada waktu pagi sebelum memulakan perjalananan.

Namun, ramai juga yang mengabaikannya kerana beranggapan ia tidak memberi sebarang kesan terhadap enjin.

Jadi, adakah perlu atau tidak untuk kita memanaskan enjin kenderaan pada waktu pagi?

Berikut merupakan penjelasan yang dibuat oleh seorang pemuda menerusi akaun TikTok Altimat Auto Garage.

"Ada orang kata kalau tak panaskan enjin, tiada masalah pun dekat enjin. Sebenarnya memang tak ada masalah pun.

"Kalau anda panaskan enjin, ia bukan spesifik untuk jaga enjin pun sebenarnya. Tiada masalah pun dengan enjin anda," ujarnya.

file6jl8h8axjk71m6u45f98

Enjin merupakan salah satu komponen paling penting dalam sesebuah kenderaan. -Gambar hiasan

Bagaimanapun, dia berkata perbuatan memanaskan enjin sebenarnya berkait rapat dengan ketahanan gearbox sesebuah kenderaan.

"Ia ada kaitan dengan gearbox sebenarnya. Apabila kita panaskan enjin, ia berguna untuk gearbox. Sebab tu digalakkan untuk panaskan enjin.

"Panaskan enjin ni bukan spesifik untuk panaskan enjin tapi ia boleh menjaga gearbox supaya gearbox tahan lebih lama," ujarnya lagi.

Dalam video itu, dia menyarankan agar orang ramai memanaskan enjin terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang gangguan pada gearbox.

"Kalau off enjin, minyak gearbox akan turun ke bawah. Apabila esok paginya nak hidupkan kereta, waktu itu tekanan tinggi sebab enjin tengah sejuk dan minyak gearbox belum naik lagi.

"Apabila minyak gear tengah sejuk dan masih dekat bawah, lepas tu tiba-tiba nak masuk gear dan nak jalan, oil pump akan berfungsi salurkan minyak gearbox tu... Dan masa tu tekanan tinggi dalam gearbox.

"Sebab itulah kalau enjin sejuk, minyak gearbox masih sejuk, anda masuk gear terus nak jalan, akan ada sentakan dalam gearbox," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain