suria

Tak perlu kerap beli cili jika jarang masak... Boleh tahan segar lebih sebulan dalam peti sejuk, tapi ada syaratnya!

Petua ini dikatakan membantu mengekalkan kesegaran cili dengan lebih lama. -Gambar hiasan

CILI digunakan secara meluas dalam pelbagai sajian di negara ini.

Bagi mereka yang kerap memasak, cili merupakan antara bahan penting yang wajib ada di dapur.

Namun kadang-kala, cili yang disimpan di dalam peti cepat rosak, menyebabkan berlakunya pembaziran bahan masakan.

Di TikTok, seorang wanita dikenali sebagai Nasiha berkongsi petua mudah untuk mengekalkan kesegaran cili.

Menurut Nasiha, petua itu membolehkan cili tahan lebih sebulan di dalam peti sejuk.

Cara-cara:

1. Basuh semua cili dan buang tangkai satu persatu.

2. Kemudin lap cili sehingga kering.

3. Cari sebuah bekas yang bersih, ambil tisu dan letakkan ia di dalam bekas sebagai pelapik.

4. Kemudian masukkan cili ke dalam bekas yang dilapik dengan tisu itu.

5. Jangan lupa masukkan beberapa ulas bawang putih, ia berfungsi sebagai anti fungus dan anti bakteria.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain