suria

Berkat menyimpan, pelanggan setia Bank Muamalat terima rezeki tak disangka! Kini jadi jutawan segera SSi

Sajihan (empat, kanan) menerima replika cek SSi bernilai RM1 juta daripada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin (tiga, kanan).

REZEKI tak pernah salah alamat.

Pesara tentera laut kelahiran Terengganu, Sajihan M.C Mohamed, 63, diumumkan sebagai jutawan ketiga Sijil Simpanan Islamik (SSi) Bank Muamalat.

Sajihan menerima hadiah itu pada Majlis Penyampaian Hadiah SSi Edisi Gemilang 25 Tahun di Karnival Jom Heboh, Terengganu, Khamis, 1 Ogos lalu.

Pelanggan bertuah dari cawangan Seri Manjung, Perak itu menerima wang tunai RM1 juta menerusi cabutan SSi Jutawan Hebat, iaitu sebahagian daripada hadiah keseluruhan bernilai lebih RM5 juta bagi kempen SSi Edisi Gemilang 25 Tahun.

Menurut Sajihan, dia sama sekali tidak menyangka rezeki akan memihak kepadanya, sekali gus menjadi pemenang utama kempen SSi yang baru sahaja diperkenalkan dua tahun lalu.

Lebih menggembirakan kata Sajihan, dia juga ada mencuba untuk menabung di tempat lain, namun keputusannya untuk menyertai kempen Bank Muamalat ternyata tepat dan membuahkan rezeki tak disangka-sangka buatnya.

"Selama ini, saya menunjukkan komitmen tinggi untuk terus menyimpan dengan Bank Muamalat. Ia adalah perancangan kewangan jangka panjang yang saya tetapkan untuk diri dan keluarga.

"Apabila terpilih sebagai pemenang Jutawan SSi 2024, perasaan saya tidak dapat digambarkan. Ia satu kejutan yang amat besar dan menggembirakan saya dan keluarga," ujarnya yang telah 22 tahun bergelar pelanggan Bank Muamalat.

Wan Hosni Wan Kamal (kanan) bersama Sajihan (kiri) dan ahli keluarga.

Wan Hosni Wan Kamal (kanan) bersama Sajihan (kiri) dan ahli keluarga.

Sajihan merupakan pemenang bertuah SSi Jutawan Hebat melalui kempen yang berlangsung dari 1 Mac hingga 31 Disember 2024.

Selain disiplin diri dalam penyimpanan wang, Sajihan berkata dia sentiasa mengambil bahagian dalam kempen dan promosi yang dianjurkan oleh Bank Muamalat, di samping menguruskan kewangan dengan bijak.

"Disiplin dalam menyimpan dan bijak dalam menguruskan kewangan juga penting untuk mencapai matlamat kewangan jangka panjang," ujarnya.

Mengenai wang kemenangannya itu, Sajihan, mahu memanfaatkannya untuk meningkatkan kualiti hidup keluarganya serta memberi sumbangan kepada badan amal kebajikan.

Dalam pada itu, bapa kepada lima cahaya mata itu turut memberi saranan kepada orang ramai agar tidak melepaskan peluang menyimpan bersama Bank Muamalat kerana pelbagai tawaran menarik yang tersedia buat para pelanggan.

Sehubungan itu, dia menyarankan para penyimpan dan orang ramai yang ingin berpeluang menjadi jutawan SSi sepertinya supaya memulakan tabungan mereka seawal mungkin dan melakukannya secara konsisten.

"Pilih produk simpanan yang menawarkan manfaat dan peluang tambahan, seperti SSi di Bank Muamalat. Sentiasa peka dengan promosi dan kempen yang dianjurkan," ujarnya.

Sajihan berkata wang kemenangan itu akan digunakan untuk meningkatkan kualiti kehidupan keluarganya.

Sajihan berkata wang kemenangan itu akan digunakan untuk meningkatkan kualiti kehidupan keluarganya.

Malah Sajihan turut terharu apabila pegawai-pegawai di Bank Muamalat sentiasa melayaninya dengan baik dan memudahkan urusan setiap kali berurusan di bank.

"Setiap kali saya datang ke Bank Muamalat di cawangan Seri Manjung, saya tidak perlu menunggu lama kerana ada pegawai yang akan segera membantu saya," ceritanya lagi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Deposit Bank Muamalat, Wan Hosni Wan Kamal berkata, jumlah keseluruhan penyimpan SSi dari 1 Mac hingga 2 Ogos 2024 sebanyak 33,276 penyimpan SSi dengan jumlah RM149,440,163.

"SSi telah mencipta gelombang dalam industri perbankan dengan sambutan yang memberangsangkan. Antara sorotan utama yang menggambarkan kejayaan ini adalah pelbagai kategori hadiah yang menarik.

"Pelanggan disajikan dengan pelbagai kategori hadiah yang eksklusif dengan hadiah utama RM1 Juta. Kini, Bank Muamalat sedang mencari Jutawan SSi 2024 seterusnya yang bakal diumumkan pada Januari 2025.

"Jumlah hadiah keseluruhan bagi SSi adalah melebihi RM5 juta dengan jumlah 14 kategori hadiah di mana cabutan akan dilakukan pada setiap bulan," katanya.

Bagi kempen SSi 2024, Wan Hosni memberitahu, seramai 980 pemenang bertuah dari Mac hingga Jun yang telah memenangi pelbagai hadiah lumayan dan kini berbaki lagi 1,501 pemenang yang bakal diketahui.

Malah katanya, perkembangan SSi dapat dilihat menerusi aktiviti promosi seperti Jelajah Jutawan SSi di mana setiap program yang dijalankan meningkatkan kesedaran terhadap kempen SSi.

Usaha Sajihan menabung selama 22 tahun berbaloi apabila diumumkan sebagai jutawan SSi Bank Muamalat.

Usaha Sajihan menabung selama 22 tahun berbaloi apabila diumumkan sebagai jutawan SSi Bank Muamalat.

Antara program yang memberi impak kepada peningkatan SSi adalah melalui program Euro 2024 ‘Top Striker’ Roadshow di Mydin Hypermarket (bagi beberapa negeri dan kawasan yang terpilih), Karnival Celik Kewangan, Saturday Open Day yang diadakan di enam negeri pada setiap bulan, Program Madani dan banyak lagi.

Menurut Wan Hosni, program tersebut bukan sahaja menawarkan hadiah lumayan, tetapi paling penting ia juga berkonsepkan Syariah dalam memastikan setiap transaksi dan cabutan yang dilakukan adalah telus dan adil.

"Untuk menyertai SSi adalah mudah dan tidak memerlukan prosedur yang rumit di mana pelanggan sedia ada yang mempunyai Akaun Simpanan-i, Akaun Semasa-i, dan SURIA secara langsung layak bagi kempen SSi 2024.

"Usahawan-usahawan kecil juga layak untuk sertai SSi 2024 melalui kategori SSi Saver Gempak yang memberikan hadiah khusus untuk pelanggan perniagaan kecil," katanya sambil menambah SSi turut membantu meningkatkan budaya menabung dalam kalangan individu.

Selain itu, Wan Hosni juga menasihati orang ramai agar terus berdisiplin dalam menyimpan secara konsisten demi masa depan yang lebih terjamin.

"Amalkan disiplin menyimpan secara konsisten, walaupun dimulai dalam jumlah yang kecil. Konsistensi dalam menyimpan akan membantu mencapai matlamat kewangan terutamanya bagi generasi yang bakal menyambung pelajaran, bakal pesara dan sebagainya. Gunakan peluang ini untuk merancang simpanan anda, sama ada untuk pendidikan, perniagaan atau persaraan.

"Memanfaatkan sosial media untuk mendapatkan notifikasi terkini dan perkembangan mengenai SSi di laman rasmi sosial media Bank Muamalat. Menyimpan melalui SSi adalah langkah yang bijak dalam perancangan kewangan.

"Diharapkan masyarakat akan lebih sedar tentang pentingnya budaya menabung dan merancang kewangan. Dengan adanya produk seperti SSi, masyarakat dapat merealisasikan tabungan mereka untuk masa depan.

"Menyimpan melalui SSi bukan sahaja memberi manfaat kepada individu tetapi juga membantu mengukuhkan ekonomi keluarga dan komuniti. Simpanan yang baik akan memberikan sokongan kewangan dalam situasi kecemasan dan masa depan yang lebih stabil," katanya lagi.

Terdahulu, majlis Penyampaian Hadiah SSi Edisi Gemilang 25 Tahun di Karnival Jom Heboh turut dihadiri oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin.

Turut diumumkan dalam majlis penyampaian hadiah itu adalah pemenang bagi SSi Pacuan Bergaya, Masniah Hashim dari cawangan Ipoh yang membawa pulang sebuah kereta Honda Civic 1.5L, pemenang SSi Saver Berganda yang membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000, Abdul Latif Yahya dari cawangan Souq Al-Bukhari dan pemenang SSi Ekstra Wilayah bagi kategori Pantai Timur, Azmah Mat Jusoh dari cawangan Kg Raja yang membawa pulang wang tunai RM30,000.

Selain itu, turut diumumkan adalah pemenang SSi Saver Gempak yang membawa pulang wang tunai RM2,000, Mohd Latib Ngah dan pemenang SSi Kilauan Emas Premium, Samsiah Draman yang memenangi baucar barang Habib bernilai RM7,000 dari cawangan Kuala Terengganu.

Kini, berbaki lagi 1,501 pemenang SSi Edisi Gemilang 25 Tahun bakal diumumkan pada bulan Ogos ini sehingga 31 Disember 2024, termasuklah jutawan SSi yang terakhir.

Jadi apa tunggu lagi? Anda juga berpeluang untuk bergelar jutawan dengan hanya menyimpan di Bank Mualamat.

Ayuh menyimpan bersama Bank Muamalat sekarang!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain