suria

Anda suka simpan lauk semalam berhari-hari dalam peti sejuk? Awas, ada makanan cepat rosak jika tak kena cara

Sesetengah makanan tidak sesuai disimpan dalam peti sehingga lebih tiga hari. -Gambar hiasan

PETI sejuk merupakan ruang storan yang paling sesuai untuk menyimpan makanan dalam tempoh lama.

Malah, ada segelintir individu membiarkan makanan di dalam peti sejuk sehingga berbulan lamanya.

Menjadi persoalan, adakah makanan ini masih selamat untuk dinikmati?

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), makanan yang disimpan dalam peti sejuk boleh rosak sekiranya cara penyimpanannya tidak betul.

Berikut merupakan enam tip penyimpanan yang dikongsi KKM bagi memastikan makanan anda selamat untuk dimakan:

1. Daging, ikan dan ayam hendaklah disimpan di ruang sejuk dingin tidak melebihi tiga hari.

2. Simpan daging, ayam dan ikan dalam bekas bertutup atau beg plastik kedap udara.

3. Makanan yang telah dimasak hendaklah disimpan di ruang sejuk ringin tidak melebihi tiga hari.

4. Simpan makanan masak di bahagian atas dan makanan mentah di bahagian bawah bagi mengelakkan pencemaran.

5. Makanan panas hendaklah disejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan dalam peti sejuk.

6. Jangan simpan makanan terlalu padat dalam peti sejuk.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain