CERMIN sisi merupakan antara komponen paling penting pada sesebuah kenderaan. Ia bukan sahaja digunakan untuk memantau keadaan jalan raya, malah turut menjadi penanda setiap kali mahu memarkir kereta. Namun hari ini, ramai pemandu yang memandang ringan dan tidak ambil tahu tentang kedudukan sebenar cermin sisi kereta mereka. Di TikTok, seorang individu dikenali sebagai Mr Alan berkongsi petua mudah untuk membetulkan cermin sisi kereta. Ujarnya, tip berkenaan boleh membantu mengurangkan titik buta sesebuah kereta, sekali gus membantu pemandu di jalan raya. ARTIKEL BERKAITAN: Masih ramai tak percaya penting panaskan enjin kereta waktu pagi... Rupanya ada kaitan dengan gearbox "Ramai orang masih tak tahu bagaimana cara nak adjust (kedudukan) cermin sisi. Hari ini Alan nak kongsi tip dengan anda. "Pertama, jangan adjust cermin sisi anda 50/50. Cara betul adalah adjust cermin sisi anda sampai (boleh nampak) pemegang pintu atau door handle depan kereta. "Dan untuk sisi pemandu pula, pun sama juga. Adjust sampai ke door handle depan. "Menggunakan cara ini, ia akan kurangkan blind sport cermin sisi kereta anda," kongsinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube