suria

Akhirnya ada orang beritahu maksud huruf-huruf pada tayar... Lepas ini periksa dulu sebelum pandu

Setiap pemandu harus peka dengan keadaan tayar kenderaan masing-masing. -Gambar hiasan

TAYAR merupakan antara komponen paling penting untuk menggerakkan sesebuah kenderaan.

Namun kebanyakan pemandu biasanya hanya tahu mengisi angin tayar dan menukarnya apabila perlu sahaja.

Tahukah anda, huruf-huruf yang tertera pada tayar juga membawa maksud tertentu?

Menurut akaun TikTok Perodua 3S Sri Damansara, huruf-huruf yang tertera pada tayar merupakan indikasi kelajuan untuk sesebuah kenderaan.

"Anda yang suka pandu kereta laju-laju kena tahu benda ini. Tayar kereta yang anda guna ada satu huruf penting.

"Huruf apa tu? Huruf macam H, T, V dan banyak lagi. Untuk apa huruf ni? Untuk menunjukkan berapa laju anda boleh bawa sesebuah kereta itu.

tayar2

Huruf-huruf pada tayar serta had kelajuan yang bersesuaian.

"Contohnya kod H ini. Anda boleh bawa selalju 210KM/J. Banyak lagi huruf yang ada," ujar pemuda dalam video itu.

Menerusi video itu, dia turut berkongsi senarai penuh setiap huruf dengan had kelajuan bersesuaian untuk sesebuah kenderaan.

Semoga tip ini bermanfaat untuk anda!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain