suria

“Tak perlu panik tukar itu ini, buang duit” - Pemuda ajar cara singkir bau busuk aircond kereta

Pemandu cuma perlu ikut tujuh langkah mudah untuk singkir bau busuk aircond kereta. -Gambar hiasan

KEHADIRAN bau busuk dalam kereta pastinya akan menimbulkan rasa tidak selesa ketika memandu.

Bau busuk ini biasanya akan muncul selepas pendingin hawa kereta dihidupkan.

Menurut akaun TikTok Altimat Auto Garage, pemilik kenderaan tidak perlu risau untuk mengeluarkan sebarang belanja bagi menangani masalah ini.

Sebaliknya, ia boleh diselesaikan dengan beberapa langkah mudah sahaja.

"Apabila buka aircond kereta je, ada bau busuk. Sebenarnya ia berpunca daripada kulat dengan bakteria yang dah hidup dekat cooling coil korang.

aircond

Bau busuk boleh mengganggu fokus pemandu. -Gambar hiasan

"Cara nak hilangkan bau busuk dekat aircond ni senang je, anda tak perlu panik pergi tukar itu ini, buang duit.

"Insya-Allah kalau buat cara ini, selesai masalah aircond berbau," ujar pemuda yang membuat penerangan dalam video itu.

Langkah-langkahnya:

1. Tetapkan temperature kereta anda pada kekuatan paling perlahan, kipas blower pula perlu ditetapkan pada kekuatan paling tinggi.

2. Biarkan suis aircond dimatikan.

3. Untuk circulation mood pula, tetapkan ia pada inside circulation

4. Selepas itu tutup pintu dan tingkap kereta, biarkan lima sehingga 10 minit.

5. Selesai empat langkah di atas, anda perlu tetapkan temperature pada kekuatan paling tinggi, begitu juga dengan kipas blower.

6. Kemudian, hidupkan suis aircond, circulation mode pula tetapkan kepada outside circulation.

7. Akhir sekali, buka semua tingkap kereta dan biarkan tiga hingga lima minit.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain