suria

Cat kereta terkena getah mangga makan modal nak dipulihkan, anda boleh guna tip ini jika parkir bawah pokok

Getah pokok mangga boleh merosakkan cat kereta. -Foto: TikTok Wantheone

RAMAI individu mengelak untuk meletakkan kenderaan mereka di kawasan bawah pokok.

Selain risiko pokok tumbang ketika hujan lebat atau ribut, cat kereta juga boleh rosak akibat terkena getah tumbuhan atau tahi burung.

Akaun TikTok Modipro Autowork turut berkongsi video tentang kereta milik seorang pelanggan yang terkena getah pokok mangga.

Jelas individu dalam video itu, pihak bengkel sememangnya boleh menggilap semula bahagian yang terkena getah mangga, namun tak bermakna ia boleh ditanggalkan sepenuhnya.

"Banyak kali saya dah cakap, jangan letak kereta bawah pokok, apatah lagi kalau di bawah pokok mangga.

"Kalau kereta kamu kena getah pokok mangga, ia sama macam kena karat daripada zink.

tiktok

Perkongsian TikTok Modipro Autowork tentang getah pokok mangga yang merosakkan cat kereta.

"Walaupun sudah buat polishing, kesan getah mangga tidak akan hilang. Kita hanya boleh bantu untuk nipiskan (kesan getah) saja," ujarnya.

Menurut individu itu lagi, pemilik boleh mengecat semula kereta, namun ia pastinya akan menelan belanja besar.

Sebagai langkah berjaga-jaga, dia menasihati pemilik agar membeli kanvas bagi melindungi kereta.

"Getah pokok mangga 'makan' clear coat, jadi memang dah tak boleh buat apa melainkan dia cat semula kereta atau restoration semula.

"Kita buat polishing pun tak hilang, memang makan modal. Sebab itulah aku pesan berulang kali. Kalau letak kereta bukan bawah bumbung, sekurang-kurangnya belilah kanvas untuk tutup kereta.

"Jagalah cat kereta sebab ia mahal," pesan individu itu lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain