suria

Dah 3 tahun guna RFID, wanita kongsi tip supaya tak perlu lagi ‘reverse’ kereta di plaza tol

Segelintir pemilik kereta masih tidak yakin untuk menggunakan RFID. -Gambar hiasan

PENGENALAN sistem Pengecaman Frekuensi Radio (RFID) sememangnya memudahkan kebanyakan pengguna jalan raya di negara ini.

Namun, ada sebilangan pengguna meluahkan rasa tidak selesa dengan kejadian RFID yang gagal diimbas ketika melalui plaza tol.

Kegagalan itu menyebabkan mereka perlu mengundurkan kenderaan dan cuba membuat imbasan semula sehinggalah berjaya melepasi palang tol.

Namun sekiranya RFID itu tetap tidak berjaya diimbas, maka mereka perlu menukar lorong tol, sekali gus menyusahkan dan melambatkan pengguna jalan raya yang lain.

Di platform X, seorang individu dikenali sebagai Zalya Zahari berkongsi tip mudah untuk mengelakkan kegagalan imbasan RFID ketika melalui tol.

Pics for RFID story. Azman Ghani/ The Star

Pastilkan pelekat RFID diletakkan pada tempat yang betul. -Gambar hiasan

"Saya perasan orang ramai takut lagi nak pakai RFID tapi sebenarnya kalau anda betul-betul ikut garis panduan yang diberi, anda tak perlu undur kali kedua pun.

"Saya dah guna RFID tiga tahun. Setakat ini baik saja dan berganda murah daripada Smart Tag. Sekarang kebanyakan tol dah ada RFID, jadi jangan risau," ciapnya.

Tip

1. Pastikan kenderaan diperlahankan ketika mendekati tol dengan kelajuan bawah 20 km/j.

2. Jangan ikuti rapat kenderaan hadapan. Kalau tidak, berkemungkinan kereta anda tak akan lepas. Situasi ini sering berlaku terhadap pemandu yang gemar 'mencucuk' kereta hadapan.

3. Tambah nilai e-wallet 15 minit sebelum melalui tol. Ini berdasarkan pengalaman kakaknya yang pernah gagal melepasi palang kerana melakukan tambah nilai pada saat akhir.

4. Tampal pelekat RDIF di tempat ditetapkan sama ada di lampu kereta sebelah kiri ataupun atas cermin kereta sebelah kiri, pastikan jarak satu tapak tangan daripada badan kereta, jangan rapat dengan besi.

5. Jika pertama kali nak guna, kalau dah tampal dan sedikit senget, tolong jangan koyak. Ia masih boleh dibaca meski pun kedudukannya sedikit senget.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain