suria

Daun pandan, serai kurang berkesan? Lelaki Cina kongsi cara hilangkan bau durian guna roti

Roti dikatakan mampu menghilangkan bau durian di dalam kereta. -Gambar hiasan

DURIAN merupakan antara buah-buahan tempatan yang paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Namun, ramai juga yang tidak menggemari durian kerana baunya yang dianggap busuk.

Selain itu, mereka yang membawa durian menggunakan kereta turut berdepan masalah untuk menghilangkan baunya.

Menurut petua orang lama, anda boleh meletakkan serai atau daun pandan bagi meneutralkan bau durian di dalam kereta.

Namun, menurut seorang individu dikenali sebagai Gu Lee, penggunaan daun pandan dan serai kurang berkesan untuk menghilangkan bau durian dengan cepat.

roti2

Gu Lee membuat perkongsian tip menerusi video di TikTok.

Dalam perkongsian di TikTok, dia berkata penggunaan daun pandan atau serai untuk menyah bau durian tetap mengambil masa lama, sehingga seminggu atau dua minggu.

Sebagai penyelesaian mudah, dia menyarankan orang ramai untuk meletakkan beberapa keping roti di dalam kereta.

Jelasnya, roti merupakan bahan yang efektif untuk menyerap bau, sekali gus menyingkirkan bau durian dalam kenderaan anda.

"Cara letak roti ini memang terbaik, dalam dua hari ia akan 'hisap' (serap) semua bau durian. Kalau awak letak daun pandan atau serai, ia akan ambil masa seminggu ke dua minggu.

"Cara ini, dua ke tiga hari boleh selesai masalah," ujar lelaki berbangsa Cina itu menerusi perkongsian video tip di aplikasi TikTok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain