suria

Nak tukar tayar kereta, pemilik jangan tersalah pilih! Ketahui konsep 3T untuk pemanduan selesa, selamat

Kesilapan memilih tayar boleh beri kesan terhadap pemanduan. -Gambar hiasan

PEMILIHAN tayar kereta yang kurang bersesuaian pastinya akan memberi kesan terhadap pengalaman pemanduan anda.

Bagi mengelakkan sebarang masalah ketika memandu, anda sepatutnya mengambil kira konsep 3T sebelum membeli dan menukar tayar kereta.

Apa itu 3T?

Menurut akaun TikTok Altimat Saujana Utama, 3T bermaksud treadwear, traction dan temperature.

"Treadwear ni ikut jenis tayar. Ada dalam lingkungan 180 ke 600. Kenapa nombor ni lain-lain bagi setiap tayar? Makin kecil nombor, makin lembut tayar dan makin senyap.

"Tapi treadwear rendah akan cepat botaklah tayar. Kalau pilih nombor besar, tayar lambat haus tapi ia akan keras dan bising," ujar pemuda dalam video TikTok itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya ada orang beritahu maksud huruf-huruf pada tayar... Lepas ini periksa dulu sebelum pandu

Jelasnya lagi, traction pula berkait rapat dengan kadar cengkaman tayar, manakala temperature perlu dipilih mengikut kesesuaian iklim sesebuah negara.

"Traction ni untuk menentukan kadar cengkaman sesebuah tayar. Untuk memberhentikan kenderaan tu dalam keadaan jalan basah atau kering.

"Gred terbaik adalah gred A dan AA. Boleh juga gred B dan C yang berada di tahap memuaskan.

"Yang akhir sekali temperature. Untuk Malaysia, temperature yang sesuai adalah gred A. Gred A sesuai untuk negara bersuhu panas macam negara kita.

"Gred B sesuai untuk negara sejuk dan panas. Gred C untuk negara yang sejuk," ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain