suria

Enjin kereta bergegar? Boleh check sendiri dulu sebelum ke bengkel, elak jadi mangsa tipu mekanik

Pemilik boleh membuat pemeriksaan coil plug sekiranya enjin kereta mereka bergegar. -Gambar hiasan

RAMAI individu mudah menggelebah setiap kali mereka berdepan masalah berkaitan kereta.

Biasanya golongan seperti ini tidak mempunyai sebarang ilmu tentang kenderaan dan hanya mengharapkan bantuan bengkel atau mekanik untuk menyelesaikan masalah.

Di TiKTok, seorang pemuda turut berkongsi tentang situasi enjin kereta yang bergegar semasa dihidupkan.

Jelasnya, masalah itu berkemungkinan berpunca daripada coil plug kenderaan dan pemilik boleh membuat pemeriksaan sendiri di rumah.

"Enjin kereta ni rasa bergegar, rasa semput? Cuba check coil plug. Coil plug ada empat.

"Fungsinya, ia hasilkan arus elektrik daripada bateri untuk hidupkan spark plug kereta korang.

"Jadi bila salah satu coil plug bermasalah, bila start enjin, memang bergegarlah enjin kereta anda," ujarnya menerusi TiKTok Altimat Auto Garage.

Motorists is seen approaching Gombak Toll Plaza to going back to their hometown to celebrate upcoming Hari Raya Aidilfitri on April 18.—AZMAN GHANI/The Star

Jangan lupa periksa coil plug sekiranya enjin kereta anda bergegar. -Gambar hiasan

Dalam perkongsian itu, dia meminta pemilik untuk membuka skru dan memeriksa keempat-empat coil plug kereta.

Jika enjin menghasilkan gegaran, maka coil plug itu masih berada dalam keadaan baik.

Namun katanya, coil plug itu berkemungkinan sudah rosak jika enjin tidak memberi sebarang respon selepas ia ditarik.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak tukar tayar kereta, pemilik jangan tersalah pilih! Ketahui konsep 3T untuk pemanduan selesa, selamat

"Cara nak check coil plug ni senang je, korang sendiri pun boleh check coil plug di rumah. Kalau korang perasan dekat coil plug ni, ada skru 10 setiap satu coil plug.

"Korang bukalah skru ini. Lepas dah buka skru, korang tarik coil plug satu persatu. Bila tarik dan coil plug ada respon, maknanya coil plug itu dalam keadaan baik.

"Maksud respon yang aku cakap tu, enjin sekarang dalam keadaan stabil, bila aku tarik coil plug ni, macam korang perasan, enjin ni rasa bergegar. Itulah responnya.

"Kalau enjin bergegar masa korang tarik, maknanya coil plug tu dalam keadaan baik. Kalau tarik tapi enjin tak bagi respon, maknanya coil plug tu yang bermasalah," ujarnya.

Menurut pemuda itu, pemeriksaan itu boleh dibuat sendiri, sekali gus menjimatkan kos dan mengelakkan pemilik kereta daripada ditipu mekanik atau pengusaha bengkel.

"Bila dah check dan dah jumpa coil plug mana yang problem, kat situ korang dah boleh jimat duit, korang boleh tukar sendiri.

"Tak adalah korang pergi mana-mana bengkel kena 'kencing' hidup-hidup," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain