suria

Ambil langkah waspada kes buah zakar digigit ular, ini petua mudah halang reptilia masuk rumah

Kehadiran ular berbisa boleh mengancam keselamatan penghuni.

MALANG tidak berbau!

Seorang lelaki Thailand tular selepas dia berkongsi kisahnya digigit oleh seekor ular sawa.

Dalam kejadian di rumahnya, Thanat Thangtewanon sedang menggunakan tandas sebelum seekor ular muncul dan menggigit buah zakarnya.

"Saya sedang duduk ketika menggunakan tandas. Tiba-tiba saya rasa ada sesuatu menggigit buah zakar, ia sangat menyakitkan.

"Saya terus bangun dan menarik ular itu daripada buah zakar saya," ujarnya yang bersyukur kerana digigit ular yang tidak berbisa.

Menurutnya, dia percaya reptilia itu masuk ke rumahnya ekoran musim hujan yang sedang melanda.

Di aplikasi TikTok, seorang individu turut berkongsi petua mudah untuk menghalang ular masuk ke dalam rumah.

Bahan-bahan:

1. Minyak kasturi

2. Garam kasar

3. Cengkih

4. Kulit kayu manis

Campurkan semua bahan ini dan letakkan di penjuru rumah seperti di kawasan dapur dan tingkap yang boleh menjadi laluan ular.

Menurut individu itu, petua tersebut juga berkesan untuk menghalau tikus.

Sebagai peringatan, jangan bertindak sendiri jika rumah anda dimasuki ular berbisa.

Sebaiknya, hubungi bomba atau anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk membantu menangkap haiwan itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain