TEKNOLOGI kecerdasan buatan (AI) yang semakin canggih sebenarnya membawa banyak manfaat jika ia digunakan ke arah kebaikan. Terbaharu, sebuah laman sesawang AI dikenali sebagai Vidu Studio tular kerana keupayaannya menggerakkan gambar untuk dijadikan sebagai video. Lantaran itu ramai pengguna media sosial memuat naik gambar mereka dengan orang tersayang yang sudah meninggal dunia ke laman sesawang AI itu. Dengan bantuan AI, gabungan gambar itu akan dijana menjadi video, menunjukkan seperti individu itu seperti sedang berpelukan dengan mereka yang sudah tiada. Fungsi menarik itu menyebabkan laman AI berkenaan tular kerana ia mampu mengembalikan nostalgia serta mengubat kerinduan. Pemuda ini tular selepas dia berkongsi tutorial penghasilan video AI. Cara untuk menghasilkan video AI itu agak senang, malah prosesnya tidak rumit. Ikuti langkah-langkah penghasilan video AI yang dikongsi oleh TikToker Agung Darmawan: 1. Gabungkan gambar anda dengan gambar individu yang sudah meninggal dunia. 2. Daftar akaun di laman sesawang Vidu Studio. 3. Tekan create video pada bar menu dan muat naik gambar itu ke Vidu Studio. 4. Untuk input arahannya pula, tulis make people hug untuk membolehkan gabungan gambar itu dijana sebagai video sedang berpelukan. 5. Selepas video dijana oleh AI, anda boleh muat turun fail itu dan ia boleh dikongsi di media sosial. Laman sesawang itu boleh diakses menerusi komputer, laptop atau peranti iPhone dan Android. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube