suria

The Body Shop anjur program Changemaking Campus, buka peluang orang ramai membeli sambil menderma

Pelbagai aktiviti menarik sempena ulang tahun The Body Shop Malaysia ke-40.

AYUH rakyat Malaysia kita raikan Hari Kebangsaan ke-67 tanpa melupakan kesejahteraan manusia dan alam sekitar.

Sempena ulang tahun ke-40, The Body Shop juga tidak melepaskan peluang untuk meraikannya dengan penganjuran program Changemaking Campus.

Program ini bertujuan menyokong kesejahteraan manusia dan alam sekitar, serta memberi penghargaan kepada perubahan dan penggerak perubahan yang memberi impak kepada individu mahupun komuniti.

Dexter Foong pada program Changemaking Campus sempena ulang tahun The Body Shop Malaysia ke-40.

Dexter Foong (kanan) pada majlis sempena ulang tahun The Body Shop Malaysia ke-40.

Pengurus Besar The Body Shop Malaysia, Dexter Foong berkata sejajar dengan matlamat jenama ini, The Body Shop wujud untuk memperjuangkan dunia yang lebih adil dan indah.

“The Body Shop sentiasa menjadi penyokong kepada perubahan yang positif, berpandukan prinsip beretika dan mesra alam, daripada amalan Perdagangan Adil Komuniti kepada produk 100% vegan.

"Maka sewajarnya tema 40 Years of Goodness yang dibawa oleh jenama ini disemarakkan dengan program Changemaking Campus bagi menggalakkan orang ramai untuk melakukan perkara yang sama.

"Kita semua mempunyai peluang menjadi kuasa pencetus kebaikan dan kami berharap ia dapat memberi inspirasi kepada setiap individu untuk membantu orang lain, dengan menyokong projek ‘Gaza Home of Hope & Love’ untuk anak-anak yatim oleh Rose2Rose,” katanya.

Program Changemaking Campus The Body Shop, berlangsung dari 26 Ogos hingga 1 September 2024, di Center Court, Mid Valley Megamall KL yang menjadi ruang interaktif untuk memperkasakan individu memahami keperluan kulit dan mencipta solusi penjagaan kulit yang sesuai dengan mereka.

photo_2024-08-28_11-38-46

Antara aktiviti menarik untuk disertai orang ramai.

Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti disediakan di sini, termasuklah sudut foto Changemakers, dan mereka yang melengkapkan lawatan Changemaking Campus akan menerima sampel-sampel percuma.

Bagi ganjaran yang lebih banyak, pengunjung boleh memuat turun aplikasi The Body Shop dan mendaftar sebagai Rakan 'Love Your Body™️' untuk menebus baucar bernilai RM10 dan beg kantung percuma.

Bagi setiap pembelian daripada rangkaian British Rose, The Body Shop akan menyumbang RM1 yang akan disalurkan kepada projek ‘Gaza Home of Hope & Love’ yang dikendalikan oleh Rose2Rose.

Projek ini merupakan salah satu inisiatif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) yang menyokong komuniti rentan seperti wanita dan kanak-kanak yang terjejas akibat konflik, justeru menyediakan peluang pendidikan dan pemerkasaan untuk mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai projek kebajikan ini, kunjungilah laman web rasmi dan media sosial The Body Shop Malaysia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain