BUAH-buahan merupakan sumber nutrien yang kaya dengan vitamin, mineral, dan serat. Namun, cara pengambilan buah turut memainkan peranan dalam memastikan khasiatnya terjaga dan memberi manfaat optimum buat tubuh. Di Facebook, perkongsian Dr. Rizal Abu Bakar mengenai eksperimen jus tembikai meraih perhatian ramai netizen. Dalam uji kaji itu, Dr Rizal membuat perbandingan antara dua jus tembikai bagi membuktikan kualitinya selepas tiga hari. Selain enak dimakan begitu sahaja, tembikai juga sesuai dibuat jus. "Kenapa perlu makan buah yang ada biji? Reject yang tak ada biji. Ni ada sedikit eksperimen. Kedua botol mengandungi air jus tembikai. Keduanya dibeli pada hari yang sama. Dikisar pada hari yang sama juga. "Keduanya disimpan dalam peti sejuk untuk tiga hari. Apa berlaku? Selepas tiga hari jus tembikai sebelah kiri (tembikai seedless) membentuk dua lapisan. Kalau nak minum kena goncang. Baru sebati semula. "Yang sebelah kanan daripada tembikai biji. Maintain keaslian jus tu. Ini beza antara tembikai seedless yang GMO (genetically modified) dan tembikai berbiji yang non GMO. "Jadi bila nak beli, pandai-pandailah buat pilihan. Buah buahan fitrahnya kena ada biji. Biji itu untuk kelangsungan hidup spesis tersebut. Kalau tak ada biji nak dibiakkan bagaimana?" tulisnya di Facebook. Perkongsian tular itu turut meraih pelbagai reaksi netizen. "Ada dengar dan terbaca artikel tentang buah yang diubah genetiknya. Seeloknya elakkan makan buah yang tiada biji jika asalnya ada biji. "Pernah dengar daripada ustaz mana, saya lupa. Dia kata sebaiknya makan buah yang ada biji. Itu tanda keasliannya," tulis netizen. Namun, ada juga yang tidak bersetuju dengan perkongsian berkenaan kerana mendakwa tidak wujud tembikai GMO. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube