TIMUN merupakan salah satu sayur yang popular dek kerana kerangupan dan rasanya yang menyegarkan. Malah sayuran ini sesuai dijadikan sebagai snek sihat, ulam atau pelengkap hidangan sandwich yang boleh menambah rasa dan nutrisi kepada hidangan anda. Menerusi perkongsian Nurul Shima di Facebook, wanita itu berkongsi tip untuk memilih timun yang baik ketika membelinya di pasar. Perbandingan tersebut dibuat menerusi dua keping foto timun yang dilabel sebagai Timun A dan B. Timun boleh dijadikan sebagai snek yang sihat. Timun A 1. Warna hijau muda (terang) pada hujung batang timun menunjukkan tekstur sayur tersebut masih rangup. 2. Sentuh timun untuk memastikan ia masih terasa pejal 'sado' atau keras menandakan sayur tersebut baru dipetik dan berjus. Timun B 1. Warna hijau tua (gelap) pada hujung batang timun menunjukkan rasa sayur yang sudah pahit. 2. Timun sudah lembik dan berkerut menunjukkan bahawa ia telah lama disimpan atau sudah mula rosak dan kurang berjus. Sebagai kesimpulan, ciri-ciri ada pada Timun A adalah lebih sesuai untuk dipilih sebelum anda membeli. Dalam pada itu menurut Shima lagi, pilihlah timun bersaiz besar kerana ia lebih berjus dan berair untuk dimakan. Walau bagaimanapun, timun yang besar tidak sesuai untuk dijadikan sebagai jelatah, salad atau ulam-ulaman. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube