suria

Tak perlu penapis air, wanita ini guna kaedah tradisional demi nak berjimat... Paling penting rasa minuman lebih sedap!

Sebelum kewujudan penapis air, kita hanya menggunakan cerek untuk merebus air. -Gambar hiasan

AIR merupakan salah satu sumber terpenting dalam kehidupan seharian kita.

Dalam dunia moden hari ini, kebanyakan rumah akan dilengkapi dengan penapis air pelbagai jenama yang tersedia di pasaran.

Kewujudan penapis air membolehkan penghuni kediaman mendapat akses air bersih tak kira panas atau sejuk dengan lebih cepat dan mudah.

Namun, seorang wanita di TikTok berkata dia enggan memasang penapis air kerana tidak mahu menambah komitmen bulanannya.

Menurut Tizzatykamal, dia lebih rela merebus air secara manual setiap hari sebagai salah satu langkah penjimatan.

"Elak komitmen bulanan yang tidak sepatutnya ada. Lepas saya fikir, dan ini cara saya. Selagi boleh elak, saya akan buat sebolehnya. Tapi anda jangan kecam, ini cara saya saja.

A women drinking water during hot weather session at Port Klang. Photo taken around 12pm. FAIHAN GHANI/The Star.

Air merupakan sumber penting dalam kehidupan. -Gambar hiasan

"Saya masak air. Hari-hari masa bangun Subuh, sebelum nak ke tandas, saya isi air dulu. Lambat air tu penuh. Lepas keluar tandas, terus jerang air. Kuman mati, air selamat.

"Saya guna tumbler kecil je sebab hari-hari masak air. Jadi hari-hari bertukar air baharu," ujarnya.

Menurut wanita itu, air panas yang direbus di atas dapur membuatkan bancuhan minuman lebih sedap, malah tahap kepanasannya juga bertahan lebih lama.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sangka tekanan air di rumah boleh kuat tanpa guna pam... Terbukti ini cara paling jimat!

ARTIKEL BERKAITAN: Air di sinki asyik menitik... Pemuda kongsi cara baiki dengan modal RM3, tak perlu bazir duit beli paip baharu

"Saya suka minum air panas yang dimasak atas api, sebab makanan atau minuman akan panas lebih lama, rasa air lagi sedap.

"Maksud saya, bancuhan air akan kembang dengan sempurna seperti teh, kopi, oat dan lain-lain.

"Saya standby heater untuk nak buat susu anak tengah malam, air cepat masak. Saya tak guna thermos. Lagi pun kalau thermos, lama-lama air sejuk sendiri.

"Saya bebas daripada komitmen untuk bayar penapis air, Alhamdulillah," ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain