suria

Jangan ‘gelap mata’ pegang duit, graduan baru kerja kena bijak urus kewangan... Elak buat hutang tak perlu!

Kewangan perlu dirancang dengan teliti untuk kehidupan yang berkualiti. -Gambar hiasan

ILMU kewangan wajar dipelajari sejak awal usia.

Khususnya generasi muda yang cenderung untuk boros berbelanja.

Melalui satu hantaran di laman X, seorang wanita dikenali sebagai Iman Abdul Rahim berkongsikan petua pengurusan kewangan kepada siswazah yang baru menamatkan pengajian.

Ayuh kita lihat satu-persatu!

Pengurusan kewangan yang lemah hanya akan merugikan diri. -Gambar hiasan

1) Buat tabung sinking fund

Sediakan payung sebelum hujan, boleh dibahagikan kepada dua iaitu tabung kecemasan dan juga sinking fund.

"Duit yang kita simpan dalam sinking fund adalah untuk perbelanjaan yang kita pasti guna pada masa akan datang. Contohnya buat bayar insurans kereta, cukai jalan, perbelanjaan Aidilfitri dan sebagainya.

"Manakala tabung kecemasan pula untuk keadaan yang kita tak jangka boleh berlaku, misalnya hilang kerja, berlaku kematian dan bencana alam.

"Macam mana nak tahu berapa banyak sinking fund yang kita perlu simpan, buat kiraan jumlah perbelanjaan wajib yang kita kena lunaskan dalam setahun tu.

"Kalau contohnya RM5,000, maksudnya kita perlu simpan RM5,000 pada tahun sekarang sebagai persediaan untuk tahun hadapan. Tidak la nanti perit nak membayar," jelas Iman.

2) Kiraan tabung kecemasan

Iman menyarankan tabung kecemasan untuk dikira tiga kali ganda daripada jumlah gaji bulanan anda.

"Kalau contohnya gaji setiap bulan RM2,000, sasarkan untuk ada RM6,000 dalam tabung kecemasan," ujar Iman.

ARTIKEL BERKAITAN: Rancang beli rumah? Formula kewangan ini bantu tentukan harga kediaman sesuai bajet anda

3) Ambil tahu komitmen bulanan

Penting untuk mengambil tahu ke mana duit anda pergi supaya tidak terbabas membelanjakan hasil pendapatan.

"Rajinkan diri buat bajet, daripada sini kita boleh tahu apa yang perlu diutamakan dahulu. Mana satu kehendak atau keperluan. Barulah simpanan tabung kita menjadi teratur," terang Iman.

4) Manfaatkan faedah yang ditawarkan syarikat

Faedah tersebut dapat memotong sebahagian kecil kos perbelanjaan sekali gus meringankan beban kewangan anda.

"Contohnya syarikat ada bagi faedah gim, parkir kereta, pergigian, optik dan sebagainya. Gunakan ia sebaik mungkin," jelas Iman.

5) Hutang

Hutang merupakan musuh utama kepada pengurusan kewangan yang cekap.

"Selagi boleh elak hutang, cuba sedaya-upaya untuk jauhinya," kata Iman.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain