suria

Pakar kongsi teknik menabung untuk individu gaji RM3,000! Boleh puaskan nafsu berbelanja, akaun saving kekal ‘cantik’

Teknik 50-30-20 boleh diamalkan oleh anak muda yang mahu menabung dan berbelanja. -Gambar hiasan

SESETENGAH individu beranggapan gaji sebanyak RM3,000 masih belum mencukupi untuk mereka yang menetap di kota-kota besar.

Pada pandangan mereka, gaji RM3,000 sekadar cukup-cukup untuk membayar komitmen dan perbelanjaan, namun tidak mempunyai lebihan untuk dijadikan simpanan.

Bagi mereka yang berdepan situasi ini, anda sebenarnya boleh mencuba teknik 50-30-20 yang dikongsikan oleh pempengaruh kewangan Dr Azam Zubir.

Dalam perkongsian di TikTok, Adam berkata teknik 50-30-20 merangkumi pecahan bank untuk keperluan, bank simpanan dan bank kemahuan.

"Sebab itu saya guna teknik tiga bank. Ada bank keperluan, bank simpanan dan bank kemahuan. Bank kemahuan kena ada, as much as kita nak simpan, kita juga kena letak dekat tempat yang kita boleh belanja sakan, barulah adil.

saving1

Perkongsian tular Dr Adam Zubir menerusi TikTok.

"Tak kisahlah nak melancong, belanja famili, beli gajet dan sebagainya. Pun boleh guna duit dalam bank kemahuan. Persoalannya, bagaimana nak agihkan duit? Kalau tanya saya, ada banyak cara. Anda boleh guna teknik 50-30-20.

"Maksudnya letak 50 peratus daripada gaji RM3,000 dalam bank keperluan (RM1,500). Kemudian 30 peratus (RM900) dalam bank kemahuan dan baki 20 peratus (RM600) dalam bank simpanan," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rancang beli rumah? Formula kewangan ini bantu tentukan harga kediaman sesuai bajet anda

Menurut 'doktor' kewangan itu, terdapat satu lagi kaedah simpanan wang untuk mereka yang bergaji RM3,000 sekiranya mereka memiliki komitmen yang tinggi.

"Kalau tinggal di bandar, tak cukup, saya nak ajar satu lagi formula yang saya yakin ramai boleh amalkan. Instead of 50-30-20, anda gunakan 80 peratus daripada RM3,000 (RM2,400) dalam bank keperluan, 10 peratus (RM300) dalam bank simpanan dan 10 peratus lagi (RM300) dalam bank kemahuan.

"Anda dah ada RM2,400 untuk barang keperluan. Tak kan tak cukup? Anda juga ada RM300 untuk simpanan dan RM300 untuk kemahuan," kongsinya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain