suria

ChatGPT tak membantu seperti diharapkan? Ini rahsia dapatkan output memuaskan, prompt kena betul

Prompt yang betul perlu diletakkan semasa menggunakan ChatGPT.

TEKNOLOGI masa kini ternyata banyak membantu mempercepatkan kerja dan meningkatkan kecekapan dalam pelbagai bidang.

Seperti yang dapat kita lihat kemajuan hari ini, ramai yang sudah menggunakan AI ChatGPT untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan beban kerja.

Seorang pengguna di TikTok, Juliza Jumari menyatakan ChatGPT dapat membantu kita mencapai matlamat dengan penggunaan promt (arahan) yang betul dan tepat.

"Kadang-kadang apabila menggunakan ChatGPT, 'prompt' anda mungkin agak tidak jelas. Jika tidak memberikan konteks yang mencukupi, anda mungkin tidak mendapatkan maklumat yang berguna.

"Aplikasi ini akan memberikan maklumat asas yang kabur. Jika anda menghadapi kesulitan untuk menyediakan 'prompt' yang sesuai, tambahkan permintaan ini sebelum menekan butang Enter.

"Tanya saya sebarang soalan penjelasan yang boleh membantu anda (ChatGPT) berjaya menyelesaikan tugas ini dengan lebih baik," ujarnya.

Nurul Awanees Izzatie Abdul Aziz,22, (Left) and Amirah Huwaina Rohidin ,22, (Right) engage in a lively conversation with ChatGPT at Univeristy Malaya.(11/4/2023). —AZHAR MAHFOF/The Star

ChatGPT semakin banyak digunakan pada masa kini.

Menurut Juliza yang dainggap celik teknologi, ChatGPT akan mengajukan pelbagai soalan, termasuk yang mungkin anda tidak terfikir sebelum ini sekiranya menggunakan 'prompt' tersebut.

Selepas ditanya, jawablah soalan-soalan tersebut dengan seberapa terperinci sekiranya anda mahu dan lihat hasilnya.

Kata Juliza, perbezaan ketara dapat dilihat daripada 'output' ChatGPT apabila anda menggunakan 'prompt' ini.

Untuk makluman, ChatGPT secara rasminya telah diumumkan pada 30 November 2022.

ChatGPT ialah model bahasa yang dibangunkan oleh OpenAI yang mana ia boleh digunakan untuk tugas pemprosesan bahasa semula jadi seperti penjanaan teks dan terjemahan bahasa.

Setelah diperkenalkan, ChatGPT atau Optimizing Language Model for Dialogue telah mendapat perhatian dan trafik tinggi, memicu banyak perbincangan dalam media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain