suria

Tak perlu menangis lama-lama, ini cara nak saman tunang jika batal perkahwinan... Tuntut semua hak ikut perundangan

Membatalkan ikatan pertunangan merupakan satu hal yang menyedihkan. -Gambar hiasan

MENGHADAPI fasa putus tunang sebelum berlangsungnya perkahwinan adalah pengalaman menyakitkan.

Tiada siapa yang mahu ia terjadi namun siapalah kita untuk melawan takdir.

Sebenarnya anda berhak untuk membawa kes putus tunang ke mahkamah sekiranya pasangan membatalkan pertunangan tanpa sebab munasabah.

Menurut seorang peguambela dan peguamcara dikenali sebagai Lawyer Gandhi di TikTok, dia berkongsi mengenai tindakan yang boleh dilakukan 'mangsa' apabila berlaku keadaan tersebut.

Bagaimanapun menurut Gandhi, perkara yang perlu dilakukan terlebih dahulu adalah dengan memastikan adanya perjanjian yang jelas tentang pertunangan atau perjanjian untuk berkahwin.

Ulasan mengenai saman bekas tunang itu dikongsikan Gandhi di TikTok.

Contohnya, jika kedua-dua pihak sudah mneghantar kad jemputan kahwin, antara ganti rugi yang boleh dituntut adalah semua perbelanjaan bagi pertunangan.

Selain itu anda juga boleh menuntut pihak terbabit memulangkan wang hantaran atau apa-apa kos lain yang munasabah.

Kata peguam yang memiliki lebih 500,000 jumlah pengikut di TikTok itu lagi, anda juga boleh membuat tuntutan perjanjian pemungkinan terhadap bekas pasangan.

Tuntutan perjanjian pemungkinan ini boleh dibuat melalui mahkamah syariah atau sivil mengikut kepada agama seseorang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain