suria

Rakam untuk koleksi peribadi, suami isteri terkejut video intim tersebar... Rupanya pernah jual telefon lama

Video yang sudah dipadamkan daripada telefon masih boleh diakses semula. -Gambar hiasan

NASIB tidak baik menimpa sepasang suami isteri selepas telefon pintar milik mereka dijual di sebuah kedai gadget.

Menurut perkongsian seorang wanita di laman X, dia dan suaminya terkejut apabila mendapati video tidak senonoh mereka yang dirakam untuk simpanan peribadi tersebar di Internet.

Katanya, dia hairan bagaimana ia boleh tersebar sedangkan suaminya sudah menghapuskan semua data dan melakukan log keluar daripada akaun Apple ID (akaun untuk mengakses perkhidmatan jenama Apple).

Tindakan tersebut dilakukan sebelum menjual telefon lama itu sebagai langkah berjaga-jaga untuk melindungi privasi mereka.

Perkongsian asal yang tular.

Namun situasi ini menunjukkan bahawa risiko data peribadi tersebar masih boleh berlaku jika peranti tidak dihapuskan dengan betul.

Dalam dunia digital yang semakin canggih hari ini, melindungi data peribadi dan maklumat sensitif merupakan perkara yang sangat penting.

Sehubungan itu seorang pengguna di platform berkenaan menasihatkan orang ramai agar tidak menjual telefon yang masih berfungsi kepada pihak dikenali.

Sebaliknya, anda hendaklah menghapuskan dengan cara membakar atau mencairkan peranti tersebut.

Ini bertujuan menghapuskan segala maklumat dan data sensitif yang masih boleh diakses pihak yang mempunyai kepakaran dalam pemulihan data.

Data sensitif masih boleh diakses oleh pihak mempunyai kepakaran dalam pemulihan data. -Gambar hiasan

Nasihat ini tidak hanya terpakai untuk telefon pintar tetapi termasuk komputer, komputer riba, tablet, dan semua peranti yang menyimpan data dan maklumat peribadi.

Bagaimanapun, jika anda menghadapi video atau data peribadi tersebar, adalah penting untuk bertindak dengan betul dan rasional.

Antara perkara yang anda perlu lakukan adalah dengan melaporkan perkara tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pastikan untuk menyertakan butiran relevan seperti link (pautan) video, tarikh, dan platform di mana video tersebut tersebar, agar siasatan dapat dilakukan dengan mudah dan cepat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain