suria

Simbol petrol menyala, stesen jauh lagi... Rupanya masih ramai tiru petua tutup ‘aircond’ kereta nak jimat minyak

Simbol petrol yang menyala adalah isyarat paras minyak semakin rendah.

APABILA simbol petrol mula berkelip, ia bermaksud bahan bakar untuk menggerakkan kenderaan berada pada paras rendah dan hampir habis.

Salah satu petua yang sering kita dengar bagi menjimatkan petrol sebelum tiba ke stesen minyak adalah dengan mematikan pendingin hawa.

Bagi memastikan sama ada petua itu benar-benar membantu, kita terlebih dahulu perlu faham mengenai bagaimana pendingin hawa kenderaan beroperasi.

Ia berfungsi dengan cara menukar bahan penyejuk dengan menyerap haba dan kelembapan untuk menghasilkan udara sejuk.

Proses ini memerlukan kuasa daripada bateri kereta yang dicaj oleh enjin (pengulang-alik atau alternator) untuk berfungsi dengan menggunakan minyak petrol.

Jadi, pendingin hawa sebenarnya menggunakan minyak petrol untuk berfungsi.

Membuka tingkap kereta ketika hampir kehabisan minyak biasa dilakukan orang ramai.

Secara purata, pendingin hawa boleh mengurangkan jarak perjalanan kilometer per liter (KPL) minyak sebanyak 10 peratus, terutama pada kelajuan rendah.

Bagaimanapun, ada juga yang memilih untuk membuka tingkap sebagai alternatif.

Tetapi kajian menunjukkan membuka tingkap pada kelajuan tinggi sebenarnya boleh meningkatkan penggunaan minyak lebih daripada menggunakan pendingin hawa.

Ini kerana membuka tingkap menyebabkan aerodynamic drag (seretan aerodinamik) memaksa enjin bekerja lebih keras.

Sebagai kesimpulan, penjimatan yang diperoleh dengan mematikan penyaman udara tidaklah ketara walaupun ia menggunakan minyak petrol.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain