suria

3 cara mudah peram buah belum masak, teknik ‘guna pisang’ tunjuk hasil menakjubkan

Buah yang masih belum masak boleh diperam menggunakan pisang.

DALAM situasi tertentu, kita terpaksa membeli buah yang belum masak untuk memastikan bekalan berterusan atau kerana buah tersebut sukar diperolehi.

Anda sebenarnya tak perlu risau kerana terdapat cara untuk memeram buah yang betul sekali gus membolehkan anda menikmati hasil yang manis dan sedap seperti ia masak secara semula jadi.

Berikut adalah beberapa cara untuk peram buah seperti dikongsikan oleh Ashraf Shuib di Facebook:

1. Beg kertas atau kotak

Masukkan buah yang ingin diperam dalam beg kertas dan kotak bersama sebiji pisang yang telah masak sebelum ditutup.

Pisang yang masak mengeluarkan banyak gas etilena, membantu proses mempercepatkan pematangan buah lain.

Jika tiada pisang, epal juga boleh digunakan kerana ia juga mengeluarkan gas etilena.

Periksa buah setiap hari untuk memastikan ia tidak terlebih masak.

Elakkan daripada menggunakan beg plastik.

Ashraf menunjukkan pisang digunakan untuk peram mangga.

2. Beras

Basuh dan keringkan buah yang ingin diperam. Anda boleh menggunakan kain bersih atau tisu untuk mengeringkannya.

Kemudian, 'tanam' buah dalam beras. Periksa buah setiap hari dan pastikan beras tidak rosak apabila buah sudah masak.

3 Calsium carbide (Kabat)

Letakkan kabat di atas kertas surat khabar dan renjiskan sedikit air. Bungkus calsium carbide dan buah menggunakan surat khabar.

Namun, berhati-hati ketika menggunakan kabat kerana calsium carbide mengandungi arsenik dan fosforus yang mungkin membahayakan kesihatan.

Anda dinasihatkan untuk mencuci buah sebelum dihidangkan.

Dengan menggunakan teknik-teknik ini, anda boleh memastikan buah-buahan yang dibeli masak segera.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain