suria

Risau nampak pemandu kereta depan lupa pasang lampu, ini cara paling selamat nak tegur... Sama-sama jaga keselamatan

Seorang lelaki mengajar cara menegur pemandu yang terlupa menyalakan lampu kereta.

KESELAMATAN jalan raya adalah tanggungjawab setiap pengguna terutama dalam mengurangkan risiko kemalangan.

Semestinya salah satu aspek penting adalah penggunaan lampu kenderaan pada waktu malam.

Namun, kadangkala ada pemandu terlupa untuk menyalakan lampu hingga boleh mengundang kecelakaan.

Jadi, bagaimana cara yang betul untuk kita menegur pemandu yang terlupa menghidupkan lampu kenderaan mereka?

Menerusi satu perkongsian di laman X, seorang individu lelaki berkongsi satu video menunjukkan cara dia menegur pemandu dalam situasi tersebut.

1. Gunakan flash high beam

Salah satu cara berkesan untuk menarik perhatian pemandu yang lupa menyalakan lampu adalah dengan menggunakan lampu besar (high beam) kenderaan anda.

Pancar cahaya high beam sebanyak dua kali untuk memberikan isyarat kepada pemandu tersebut.

Teknik digunakan ini ternyata berkesan sebagaimana dibuktikan di dalam video.

2. Matikan dan hidupkan semula lampu

Selepas flash high beam, matikan lampu kenderaan anda selama dua hingga tiga saat.

Kemudian, hidupkan semula lampu kenderaan anda. Langkah ini bertujuan untuk memastikan isyarat anda jelas dan mudah dilihat oleh pemandu tersebut.

3. Ulang jika perlu

Jika pemandu tersebut masih tidak menyedari bahawa lampunya belum dipasang, anda boleh mengulangi proses ini sekali lagi.

Ada ketika di mana pemandu mungkin memerlukan beberapa isyarat sebelum mereka menyedari keadaan tersebut.

Rata-rata netizen berpendapat bahawa kaedah ini adalah satu paduan berguna dan boleh membantu mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

Justeru, menggunakan teknik ini bukan sahaja membantu meningkatkan keselamatan di jalan raya, tetapi juga memupuk kesedaran antara pemandu.

Dengan tindakan yang ringkas tetapi efektif ini, diharapkan dapat mengurangkan kadar kemalangan dan memastikan perjalanan yang lebih selamat untuk semua pengguna jalan raya.

Semoga tip ini bermanfaat dan dapat diterapkan dengan baik di jalan raya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia