suria

Sudah siapkan ‘outfit’ nak sertai Keretapi Sarong 2024? Semak dulu senarai keperluan ini, paling penting pakai deodoran

Kereta Sarong 2024 akan berlangsung Sabtu ini, 14 September. - Gambar fail The Star

BERTEMAKAN 'Bangga Malaysia', acara Keretapi Sarong 2024 (KS24) akan berlangsung pada 14 September ini.

Acara tahunan yang menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat itu sentiasa menerima sambutan menggalakkan saban tahun.

Bagi yang pertama kali mahu menyertainya, individu dikenali sebagai Anis Ridzwan di TikTok ada berkongsi panduan dan persiapan ringkas agar hari anda nanti berjalan lancar.

Berikut adalah tujuh tip dan checklist sebagai persediaan untuk anda:

1. Tambah nilai kad Touch 'n Go

Pastikan kad Touch 'n Go anda mempunyai nilai yang mencukupi kerana sepanjang perjalanan hingga ke lokasi akhir, anda perlu membayar sendiri tambang tersebut.

2. Bawa kipas tangan

Kipas tangan sama ada tradisional atau jenis elektronik sangat membantu sekiranya cuaca panas pada hari kejadian.

Selain itu, disarankan juga untuk semburkan sedikit minyak wangi pada kipas untuk menambah aroma wangi pada udara ketika mengibasnya.

Kad Touch n Go dan powerbank merupakan alatan penting perlu dibawa ke KS24.

3. Gunakan payung

Bawa payung yang boleh melindungi anda daripada matahari secara terus. Ini akan membantu anda kekal selesa sepanjang hari.

4. Deodoran atau ubat ketiak

Pastikan anda menggunakan deodoran atau ubat ketiak. Ini penting untuk mengelakkan bau badan yang boleh mengganggu keselesaan orang lain di sekeliling anda.

5. Pilih kasut yang selesa

Gunakan sandal atau kasut yang selesa. Bagi wanita, elakkan memakai kasut tumit tinggi kerana anda mungkin akan banyak berjalan sepanjang acara.

Anis berkongsi tip persediaan untuk menyertai KS24.

Anis berkongsi tip persediaan untuk menyertai KS24.

6. Bawa powerbank

Anda pasti ingin merakam dan mengambil gambar sepanjang acara. Pastikan anda membawa powerbank untuk mengecas telefon supaya tidak kehabisan bateri.

7. Manisan atau makanan ringan

Sediakan manisan atau makanan ringan untuk mengalas perut bagi mengelakkan anda rasa lapar pada waktu pagi. Jangan lupa bawa air dalam botol kecil untuk kekal terhidrat.

Berdasarkan pengalaman Anis yang telah menyertai KS24 selama dua tahun berturut-turut, dia sudah melakukan persediaan sebulan lebih awal sebelum acara berlangsung tahun ini.

Semoga tip ini bermanfaat dan anda dapat merasai pengalaman KS24 dengan selesa dan menyeronokkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia