suria

Pakaian baru basuh tak wangi seperti diinginkan? Bukan salah sabun, ramai buat silap cara letak pencuci

Teknik yang betul dapat menjadikan pakaian lebih wangi.

PEMILIHAN dan penggunaan sabun pencuci yang betul adalah kunci utama untuk memastikan pakaian berbau segar dan wangi.

Bagaimanapun, tak ramai tahu bahawa teknik yang tepat dalam meletakkan sabun pencuci boleh mempengaruhi hasil akhir cucian anda.

Dengan mengikuti beberapa langkah mudah ini, anda dapat memaksimakan keberkesanan sabun dan memastikan setiap cucian berbau harum.

Berikut adalah dua teknik mudah boleh anda amalkan dalam meletakkan sabun pencuci supaya hasil cucian lebih wangi.

1. Masukkan sabun pencuci terlebih dahulu

Mulakan dengan menuangkan sabun pencuci ke dalam mesin basuh sebelum memasukkan pakaian.

Setelah sabun mula berbuih, barulah masukkan pakaian ke dalam mesin.

Teknik ini membolehkan sabun lebih awal bercampur dengan air dan menembusi pakaian dengan lebih baik.

Sabun pencuci yang pekat boleh memberikan kesan lebih wangi pada pakaian.

2. Tambah sabun selepas memasukkan pakaian

Selepas letak sabun pencuci di dalam mesin basuh, kemudian masukkan pakaian.

Setelah pakaian berada dalam mesin, tambahkan lagi sabun pencuci pada pakaian yang ingin dicuci.

Teknik ini memastikan sabun lebih meresap ke dalam pakaian, memberikan kesan bau yang lebih tahan lama.

Untuk hasil yang optimum, pastikan anda menggunakan sabun pencuci yang lebih pekat.

Ini kerana sabun yang lebih pekat akan lebih mudah meresap dan meningkatkan keberkesanan pencucian, menjadikan pakaian lebih wangi dan bersih.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia