suria

Ramai panik video kenangan di ‘archive’ Instagram mula hilang... Ada cara nak selamatkan, ikut cara mudah ini

Tetapan baharu di Instagram menimbulkan rasa cemas dalam kalangan penggunanya.

MASALAH yang tercetus di Instagram membuatkan ramai risau kerana video-video di arkib (archive) dikatakan mula hilang tanpa jejak atau ditukar menjadi foto.

Luahan itu dikongsikan seorang individu di X yang cuba untuk menyelamatkan video kenangan arwah bapanya setelah video-video yang pernah dikongsi di IG Story diubah kepada bentuk gambar.

Bagi sesiapa yang ingin terus menyimpan video memori secara dalam talian, terdapat cara untuk mengatasi masalah ini sebagaimana dikongsikan seorang doktor gigi yang dikenali sebagai Joe.

Seorang wanita cuba menyelamatkan video berkaitan arwah bapanya selepas tetapan di Instagram diubah. -Gambar hiasan

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mendapatkan semula video lama anda:

1. Log masuk ke Instagram melalui pelayar di komputer.

2. Pilih tetapan (setting) dan pergi ke pusat akaun (account center).

3. Klik 'Maklumat dan kebenaran anda'. (Your information & permissions)

4. Pilih 'Muat turun maklumat anda'. (Download your information)

5. Klik 'Muat turun atau pindahkan maklumat'. (Download or transfer information)

6. Pilih profil Instagram anda.

7. Semua maklumat tersedia akan dipaparkan.

8. Muat turun ke peranti.

9. Ubah julat tarikh kepada 'semua masa' (all time).

10. Pilih kualiti media kepada 'tinggi' (high).

11. Sahkan alamat emel anda.

12. Klik 'buka fail baharu' (create files).

Melalui kaedah ini, Instagram akan menghantar emel apabila muat turun selesai yang mana proses ini akan mengambil masa sehingga 48 jam.

Selepas itu, anda boleh memuat turun maklumat tersebut ke komputer.

Dalam fail tersebut, cari folder 'media' dan 'stories'.

Jika emel yang ditunggu tiada dalam 'inbox' anda boleh periksa bahagian junk/spam.

Pautan untuk muat turun hanya dihadkan kepada empat hari sahaja, selepas temoh itu ia akan dipadam atas faktor keselamatan.

Semoga video yang dicari ada di dalam fail berkenaan dan boleh disimpan serta dimainkan semula.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain