BERCUCUK tanam merupakan aktiviti yang seronok dilakukan pada waktu lapang dan cuti hujung minggu. Namun, apabila hasil yang diharapkan tidak kunjung tiba, perasaan kecewa dan malas mula bersarang di fikiran. Tambahan pula pelbagai tip dan petua yang tular di media sosial telah dilakukan. Bagi anda yang mengalami masalah ini, jangan berputus asa dulu ya. Cubalah 'bersahabat' dengan baking soda dan soda penaik kerana bahan-bahan ini bukan sahaja sesuai untuk masakan, malah membantu menjadi 'penyelamat'kepada tanaman. Ini antara kegunaan baking soda untuk tanaman anda. Sayuran menjadi pilihan utama mereka yang gemar bercucuk tanam. Racun kulat semulajadi Kulat sering menjadi punca penyakit tanaman seperti masalah reput akar, hawar daun, karat dan kulapuk debu. Agak sukar untuk mengawalnya dengan menggunakan bahan kimia kerana perosak ini tidak semestinya terdedah kepada bahan racun yang disembur. Oleh itu, anda boleh menggunakan campuran baking soda dengan air dan sabun cecair untuk menyembur pada tumbuhan yang terkesan. Bukan sahaja lebih organik, tumbuhan anda juga bebas bahan kimia berbahaya. Pembunuh rumpai Rumpai sering dianggap sebagai perosak tumbuhan kerana mempunyai daya saingan yang tinggi terhadap nutrien, air dan faktor-faktor tumbesaran lain pada pokok. Malah sifatnya yang mudah 'menyesuaikan diri' dan cepat membiak menyebabkan tanaman sukar untuk hidup atau mengalami masalah bantut. Bagi mengatasinya, anda boleh menabur soda penaik pada rumpai bagi mematikannya secara langsung. Jangan khuatir kerana baking soda ini tidak akan menjejaskan tanaman anda sebaliknya mempercepatkan proses pengkomposan dengan menjadikan persekitaran lebih basah dan subur. Soda penaik membantu memaniskan buah tomato. Penghalang serangga perosak Tidak dinafikan tanaman seperti pokok sayur-sayuran yang berasaskan daun akan dikerumuni cacing atau siput babi mahupun semut. Tambahan pula pokok yang ditanam tumbuh merimbun dan besar. Jika anda mendapati terdapat kesan gigitan pada daun pokok, cuba sediakan campuran baking soda dan tepung. Kemudian sapukan sebatian tadi pada tumbuhan, serangga perosak pasti tidak akan menghampiri. Pindaan pH tanah pH tanah memainkan peranan penting dalam menyuburkan tanaman sama ada pokok buah-buahan, sayuran mahupun jenis berbunga. Seeloknya, anda taburkan soda penaik pada tanah jika mendapati tanaman seolah-olah kekurangan nutrien atau bantut. Penggunaannya dapat membuang tanah yang terlalu berasid, memperbaiki persekitaran untuk pertumbuhan tanaman. Malah ia juga sering dijadikan ejen pemanis tanaman tomato. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube