suria

Jangan main beli penutup radiator, boleh rosak kereta! Abang bengkel dipuji sebab kongsi ilmu dengan jelas

W&M Automotive memaklumkan nombor pada penutup radiator sering kali dipandang ringan oleh orang ramai.

JANGAN main beli sahaja barangan atau alat ganti kenderaan dalam talian kalau tiada ilmu! Silap hari bulan, daripada nak berjimat anda akan tanggung kerugian.

Itu nasihat daripada W&M Automotive, sebuah bengkel membaiki kenderaan yang beroperasi di Bandar Saujana Putra, Selangor.

Menerusi perkongsian video, bengkel automotif itu memaklumkan mengenai kepentingan nombor pada penutup radiator yang sering kali dipandang ringan oleh orang ramai.

Kesilapan membeli penutup radiator boleh menyebabkan kereta mengalami kerosakkan. - Foto W&M Automotive

Kesilapan membeli penutup radiator boleh menyebabkan kereta mengalami kerosakan. - Foto W&M Automotive

"Jangan main-main, ini sangat penting tau. Minggu lepas ada seorang kakak datang kerana temperature (suhu) naik. Bila kita periksa, air kering. Tahu kenapa? Sebab penutup radiator rosak.

"Kakak tu beli dekat Shopee tetapi tak tanya kepada kita, dia beli tidak ikut spesifikasi nombor pada penutup radiator," jelas mekanik berbangsa India berkenaan.

Katanya, wanita berkenaan memakai kereta jenis Perodua Alza yang sepatutnya menggunakan penutup Radiator Alza 1.1, namun dia membeli penutup jenis 0.9 dan ia menjadi punca kenderaan itu mengalami kerosakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Asyik keluar masuk bengkel, tukar alat ganti kereta tetap overheat! Ketahui ‘silent killer’ dalam enjin kenderaan

ARTIKEL BERKAITAN: Semak 10 perkara ini jika tak mahu kena ‘ketuk’ masa servis... Pemilik kereta tamat ‘warranty’ perlu ambil perhatian lebih

"Untuk pengetahuan semua, nombor yang ada pada penutup radiator adalah menunjukkan tekanan maksima yang sesuai dalam mengawal kadar penyejukan enjin yang optimum.

"Kalau main 'bantai' ja, nanti sistem radiator tidak berjalan dengan baik. Jadi beringatlah jangan buat salah seperti ini," pesannya.

Nombor penutup radiator menunjukkan tekanan maksima yang sesuai dalam mengawal kadar penyejukkan enjin.

W&M AUTOMOTIVE

Sementara itu, di ruangan komen ramai pemilik kenderaan mengakui tidak pernah ambil tahu berkaitan kepentingan nombor yang tertera pada penutup radiator.

Malah, ramai turut memuji bengkel berkenaan kerana memberi pendedahan yang berguna kepada orang ramai.

Pandangan umum berkaitan perkongsian W&M Automotive. - Foto Facebook

Pandangan umum berkaitan perkongsian W&M Automotive. - Foto Facebook

"Jujur ku berkata... dia ni memang bagus, pencerahan yang mudah difahami, terima kasih," kata Doublej Jz.

"Banyak pomen tak cakap macam ni tapi anne sudah bagitau yang betul, terima kasih," kata Thursday Thursday.

"Baru tahu pasal benda ni. Ingatkan semua penutup tu sama je," kata Ainul Yasmin.

"Rupanya ada rahsia nombor tu. Pakai kereta dah 20 tahun," kata Ghazali Johnny.

Artikel Lain