suria

Bil elektrik kekal rendah walau kerap guna aircond... Rahsianya ada pada setting alat kawalan jauh

Fungsi penting yang perlu difahami pengguna penyaman udara

KEBANYAKAN kediaman masa kini mempunyai penyaman udara.

Jika dahulu, ia melambangkan kemewahan seseorang, namun pada masa ini ia adalah satu keperluan disebabkan perubahan iklim panas melampau.

Situasi ini menyebabkan ramai yang terbeban dengan bil elektrik melambung dan buntu mencari penyelesaian bagi mengelakkan tunggakan bayaran berlaku.

Bagi anda yang mengalami situasi sama, apa kata cuba beberapa teknik penjimatan yang dikongsikan Jessame Abejaron ini.

Ia berdasarkan pengalaman penggunaannya sendiri.

1. Tetapkan mod dehumidifier (dry mode)

Kaedah ini dapat membantu mengekalkan kelembapan bilik antara 50 hingga 60 peratus.

Pada alat kawalan jauh, tetapkan suhu kepada 26 darjah celsius, namun anda akan mendapati suhu bilik yang sebenar adalah sekitar 24.3 darjah celsius dengan kelembapan 47 peratus.

Kebiasaannya, kelembapan biliknya adalah sekitar 70 darjah celsius sekali gus menunjukkan penyaman udaranya berfungsi dengan baik dan sesuai suhu bilik.

Anda juga dinasihatkan untuk tidak membuat tetapan alat kawalan jauh kepada 16 darjah celsius kerana keadaan cuaca hanya membolehkan suhu sekitar 19 darjah celsius sahaja.

Keadaan itu akan menyebabkan kompresor terus berjalan seterusnya mengakibatkan lonjakan penggunaan dan kos elektrik.

Setiap mod yang terdapat pada alat kawalan jauh mempunyai fungsi tersendiri

Setiap mod yang terdapat pada alat kawalan jauh mempunyai fungsi tersendiri.

2. Elakkan penetapan menggunakan mod penyejukan (cool mode)

Untuk menjimatkan tenaga, tetapkan alat kawalan jauh ke mod dehumidifier dan tetapkan suhu kepada 24 darjah celsius atau 25 darjah celsius.

Sekiranya masih berasa tidak selesa, anda boleh menetapkan alat kawalan jauh kepada 22 darjah celsius dalam mod penyejukan dan kemudian bertukar kepada mod dehumidifier.

Mod dehumidifier boleh menjimatkan kira-kira 50 peratus daripada elektrik berbanding mod penyejukan kerana kompresor beroperasi pada frekuensi yang lebih rendah.

Untuk rujukan, disertakan anggaran kos elektrik sejam untuk penyaman udara:

1 HP (900 watt): 20 sen sejam

1.5 HP (1.2 kw): 30 sen sejam

2 HP (1.9 kw): 40 sen sejam

2.5 HP (2 kw): 50 sen sejam

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain